Populasi | Majoriti Dan Minoriti

Isu ini isu sensitif. Kesilapan dalam menghuraikan dan menyusun ayat pasti boleh mengundang reaksi negatif.
1. Islam itu adalah agama dan agama itu bukanlah salah satu dari cabang bangsa. Sama seperti Kristian dan Buddha, tidak dikhususkan kepada mana-mana bangsa di dunia. Tidak ada istilah eksklusif atau keistimewaan untuk sesuatu kaum.

2. Kepercayaan politik dan pengaruh individu atau kumpulan lebih banyak membentuk perpecahan serta fahaman yang berbeza dari landasan asal ajaran agama.

3. Aplikasi dan rutin amalan adat dan budaya kadangkala lebih banyak menguasai atau mengatasi batas agama.

4. Pertelingkahan dan permusuhan lebih banyak terjadi apabila sentimen agama diperkatakan sedangkan setiap agama pastinya tidak menggalakkan pengamal atau pengikutnya membenci, menyakiti serta membunuh sesama manusia.

5. Saling hormat-menghormati dan bertoleransi adalah kunci kepada kemakmuran dunia.

6. Tidak ada bangsa yang lebih mulia atau lebih hebat dari mana-mana bangsa yang lain.

7. Kita semua manusia… bukan?

Nota hujung:

Kusut memikirkan sengketa dan tragedi yang menimpa di seluruh dunia…
Plot dan sub plot yang terungkai membentuk jajaran beritma… sampai.

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!