“Bagaimana jika masa terus berlalu, dan aku masih orang yang sama dengan perasaan yang sama? dan kau… tetap juga begitu… Adakah kita akan terus terbelenggu oleh rasa ini? Atau hanya aku sendiri yang memendam rasa?”
Sebentar… yang terlewatkan…kerana masa telah berlalu…
Nota ini aku tulis untuk mengingati kamu…
Ruang ini terasa sepi, kerusi di bawah pohon yang redup rimbun ini terasa amat kosong…
Ku petik gitar dan nyanyikan lagu kita namun terasa hambar. Tidak seperti melodi waktu aku bersama kamu…
Apabila terdengar rakan dan kawan bercerita tentang kamu… aku berpaling dan air mataku jatuh berlinangan… hatiku tersentuh bila mendengar namamu…aku tunduk dan pejamkan mataku…hanya bunyi angin lalu… uuu… uuu…
Salah aku kerana membiarkan gadis sehebat kamu melangkah pergi dari hidupku…
Sepatutnya aku… menghadiahkan kamu bunga mawar segar dan genggam kemas erat tanganmu…
Sepatutnya aku… meluangkan waktu untuk sentiasa berada di sisi mu, menemani siang dan malammu…
Sepatutnya aku… mengimami solat lima waktu dan kamu menjadi makmumku…
Sepatutnya aku mengucup dahimu… kerana tawa manjamu penawar hatiku…
Memang salah aku… kerana membiarkan gadis sehebat kamu melangkah pergi dari hidupku sebelum sempat aku menyunting kamu menjadi suri hidupku…
Masa terus berdetik laju…
Aku harus pergi meninggalkanmu… andai masih punya waktu aku akan kembali melawatmu…
Akan ku sirami pusaramu dan ku titipkan doa buatmu…
Aku… pergi dulu…
Selamat tinggal… Assalamualaikum…
Nota hujung :
Baiklah kisah di atas hanyalah rekaan semata-mata…
Selamat dibuai perasaan…