Senyum | Ikhlas Tak Harap Balas

adamSenyum, ikhlas tak harap balas. Ya, elok bukan kalau hari dimulakan dengan senyuman. Senyuman yang tulus ikhlas dari hati tanpa sebarang agenda atau maksud tersembunyi. Faham maksud saya? Senyuman sinis, senyum kambing… hanya senyum dan tak perlu kata apa-apa. Lebih-lebih lagi kita sudah disarankan untuk menambahkan manis dalam senyuman kurangkan gula dalam minuman dan makanan. Kos semakin meningkat… masih boleh senyum?

hahaha…hehehe

(apakah kata ganti / ayat ganti untuk menunjukkan aku ketawa selain daripada hahaha… hehehe… kahkahkah? perlukah aku tulis di penghujung ayat- aku ketawa)

Gambar di atas 

Adam berkenalan dengan seorang budak perempuan. Adam masih belum boleh bercakap atau bertutur, tetapi dia berkenalan dengan budak perempuan itu hanya dengan senyuman.

Ada lagi gambar susulan. Cuba teka apakah yang terjadi seterusnya?

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!