Tujuh | Destinasi Masih Jauh

Golll! Ngap Sayot berjaya mara setelah berjaya menewaskan Sime Darby dengan jaringan 3-1 semalam. Sarawak akan bertemu Pahang di separuh akhir Piala Malaysia. Manakala ATM pula akan bertemu Kelantan, setelah Kelantan membenam JDT dengan jaringan besar 6-1… fuh… makin seronok tengok perlawanan bola tempatan sekarang ni… tapi… aku tetap menunggu kebangkitan semula Sang Badak untuk kembali meradak!!! Ayuh SABAH!

wpid-RYU-black.jpgHehehe… oh ya.. dari kejauhan di Bawah Bayu ni aku juga gembira dengan usaha rakan RAMFC kelmarin yang bertungkus lumus untuk menjayakan Pelancaran Novel “MAGIS” hasil karya Ramlee Awang Murshid… para hardcore tegar ni memang awesome! Tabik!

Menulis dan menghasilkan karya yang dapat menarik peminat tegar juga sesuatu yang amat mengkagumkan… Resepi kosa kata dan gaya penulisan RAM digaul menjadi satu ramuan yang ‘mengenyangkan’ pembaca novel beliau… sungguh… aku menyimpan angan-angan untuk menjadi penulis novel… boleh atau tidak? …

Manuskrip? Masa sering menjadi alasan untuk bertangguh… Betul… ada sesuatu tentang masa yang perlu diselaras dan disusun atur…

Ok… aku masih disini… di peringkat ini. Harus melangkah dan mendaki…

Nota jari:
Kata kuncinya adalah untuk terus memotivasikan diri… kalau bukan diri sendiri… siapa lagi…

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!