Manusia | Macam Cantik…

Alhamdulillah… beberapa hari sahaja lagi kita (umat Islam) akan menyambut ketibaan Maal Hijrah. Tahun baru mengikut kalendar Islam. Seperti biasa kita akan bertanya… apakah azam aku di tahun baru nanti? Tak ada yang lebih elok selain daripada berhijrah ke arah kebaikan.

Sebagai manusia, kadangkala kita punya waktu yang sukar… punya waktu yang agak sedikit menghambat perasaan sehingga sarat dengan emosi yang membuak-buak.

Sebagai manusia, kita selalu lupa tentang manusia lain…Apatah lagi kepada alam kita… hutan belantara, gunung-ganang, bukit-bukau, pokok, sungai, air terjun, haiwan dan semua hidupan lain yang ada di muka bumi nan luas ini.

Catatan aku di Jumaat ini.

Merencana sesuatu yang aku harap bakal memberi sinar dan pembaharuan. HIJRAH !

Kepada rakan dan kenalan serta semua urang Sabah juga Malaysia keseluruhannya… Selamat Menyambut Hari Deepavali

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!