Amuk Sang Badak! Jangan Pernah Tersungkur

sabah lwn felda utd3

Walau kalah, jatuh bangun tetap bersama BADAK! #AmukSangBadak #MisiKita

#KalahMemangSedih

rozaimi2

Banyak perkara harus diperbaiki,
Ada pemain yang kelihatan berkobar-kobar dan sentiasa cuba memberikan yang terbaik, dan ada juga yang kelihatan seolah tidak cukup bersemangat…
(sekadar pendapat)

sabah lwn felda utd

Kelemahan di barisan pertahanan harus diperbaiki, hanya mengharapkan Rethaudin seorang tidak mencukupi. Perlukan seorang lagi pemain pertahanan berwibawa… disinilah kita merindui gandingan Mafry Balang, Ronny Harun dan Rethaudin.

sabah lwn felda utd2

Di bahagian jentera serangan, kita memerlukan pemain-pemain yang lebih bertenaga dan rajin. Sabri Sahar bertindak cemerlang dan ssntiasa kelihatan untuk merebut bola di setiap ceruk padang. Pemain lain harus mencontohi kesungguhan beliau.

maxsius2

peluang untuk menjaringkan gol… tersia-sia

Jentera penyudah akan dapat memberikan impak yang lebih mantap sekiranya mendapat banyak ‘bekalan’ dan hantaran yang baik. Rozaimi telah bertindak sehabis baik, menyumbangkan 1 gol untuk setiap perlawanan sudah dikira cukup bagus… tetapi kita bukan setakat memerlukan jaringan, kita memerlukan kemenangan.

sabah-felda

Kekalahan boleh diterima dengan baik sekiranya pasukan Badak bertindak atau bermain dengan lebih teratur dan memberikan tentangan hebat.

maxsius

Jangan terdetik rasa untuk berputus asa, kitakan sang badak, amuk terus maju dan radak, biar berpapah jangan pernah kita rebah!

Ayuh, #AmukSangBadak !!!!!

Syabas kepada semua penyokong yang terus setia bersama Sabah!

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!