“Di mana papa dan mama?” teresak-esak Aiman (bukan nama sebenar) menangis dalam kebasahan hujan petang tadi.
Dia keluar dari kawasan sekolah menyandang beg sekolah yang sarat dengan buku teks. Melihat kiri dan kanan, mencari kelibat ibu dan bapanya yang masih belum kunjung tiba. Sesekali dia menyeka air matanya yang mengalir selebat hujan yang turun. Dilihatnya rakan-rakan yang lain ada yang telah diambil oleh ibu atau bapa mereka. Senyuman kegembiraan mereka membuatkan hatinya remuk redam. Aiman bermundar-mandir di pinggir jalan.
“Aiman, marilah masuk… nanti datanglah bapamu tu“, pujuk seorang murid berbadan sedikit berisi daripada Aiman menghampirinya sambil memimpin tangan Aiman dan membawanya masuk semula ke perkarangan sekolah…
….. Ya, kejadian di atas berlaku petang tadi. Rakan memohon bantuan untuk membawanya mengambil anaknya di sekolah kerana hujan lebat. Aku yang menunggu di kereta sempat melihat budak berbaju oren yang menangis. Dialog di atas aku reka berdasarkan situasi yang aku lihat. Sedih juga melihat perilakunya… tidak keruan. Barangkali dia menyangka papa dan mama terlupa mengenai dirinya. Tersentuh juga naluri kebapaan (ewah… naluri kebapaan tu… hahaha). Oh ya… bapa budak itu kemudiannya datang mengambil dia selang beberapa minit kemudian.
Bagaimana dengan pendapat kamu? Adakah sesuatu yang kurang dalam gambar di atas? atau mungkin tidak kelihatan? atau perlu penambahbaikan dalam mengawal murid-murid agar tidak keluar daripada kawasan sekolah sebelum ketibaan penjaga atau bas sekolah?
nota: Lama lagi Adam ke sekolah… ~_^