Samar | Berbaur Kabur

Berbaur kabur dalam samar. Menghitung saat ke saat seterusnya, dengan langkah tersusun bak rapi. Kadang tersenggol, senget dan jatuh… kerana dalam samar untuk kabur. Hitung, kira dan hisab.

Hitung, kira dan hisab… Masih tebal? atau kebal? jangan bebal… adakah dosa dan pahala dikira pukal? guna akal, biar cekal… pegang erat kunci tawakal… masuk syurga? terhumban ke neraka? … cuba hitung, kira dan hisab.

Hitung, kira dan hisab… Susah senang berlenang-lenang, bukan sewenang-wenang kira wang, hari ini palu gendang, esok lusa mungkin perang, garu kepala tak tahu boleh menang, tiba masa… cuba hitung, kira dan hisab.

Hitung, kira dan hisab… kata dulang paku serpih, mengata orang selalu terlebih, mulut muncung mata menjeling, kalut ku pancung kosa kata guling.. diam, aku diam… tunggu waktu aku qiyam… cuba hitung, kira dan hisab…

lelabah

 

Sengaja aku pinjam semula coretan aku pada September 2013 lepas, sebagai renungan dan refleksi agar terus berpasung pada paksi, berlingkar pada orbit realiti.

Samar berbaur kabur, risik hadir tak muncul.

aku masih ada… ada disini.

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!