Ventrilokis | Bidak-Bidak Diorak

Saduran kitab-kitab lompang dek sepuhan bait-bait ayat dikerat-kerat sengaja diselirat kusut. Ventrilokis, bidak-bidak diorak corak orak-arik.

Dua kosong satu lima…

Kabul dan makbul, konotasi tergarap dek pintalan yang dipinta-pinta. Cabul, eksploitasi berbasa-basi tertib dari hero dan herowati dengan jari jemari yang mengetuk papan kekunci… tolong pastikan yang alif itu alif dan dituruti dengan ba, jalurkan yang satu selepas sifar dan dituruti dengan dua… hitung, kira dan hisab…

Hitung, kira dan hisab… kata dulang paku serpih, mengata orang selalu terlebih, mulut muncung mata menjeling, kalut ku pancung kosa kata guling.. diam, aku diam… tunggu waktu aku qiyam… cuba hitung, kira dan hisab…

Samar berbaur kabur, risik hadir tak muncul. Cabul, kabul bendul makbul…ventrilokis, bidak-bidak diorak.

Ya… aku masih ada disini.

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!