Debat Panas Ganas | Meja Kerusi Makan Dia

DEBAT-GANAS-JORDAN-TV-JOHARI-KHRAIS

Macam-macam… ‘perang’ dalam televisyen.

Sebuah rancangan debat politik bertukar ganas di sebuah rancangan televisyen di Jordan apabila salah seorang panel membaling botol air kepada panel yang lain dan kemudian cuba menyerangnya dengan kerusi… dua bulan selepas tragedi yang lebih kurang sama, tetapi dengan panel dan rancangan yang lain.

Shaker al-Johari seorang wartawan yang terkenal di Jordan berang apabila sesi debat bermula berkenaan isu perang saudara di Syria diutarakan oleh Samih Khrais, seorang peguam yang menyokong Presiden Syria, Bashar Al-Assad.

Apabila Khrais cuba untuk mengangkat kerusinya, Johari meluru dan merebut kerusi lalu cuba untuk menyerang kembali dengan kerusi tersebut.

Johari juga memberi amaran akan menyerang Khrais dengan tali pinggangnya.

Mujur, hos rancangan dan krew televisyen segera masuk campur sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah.

Ini merupakan kali kedua Johari terlibat dalam ‘perang’ di televisyen membincangkan isu krisis di Syria.

DEBAT-GANAS-JORDAN-TV-JOHARI-JAYOUSI

Pada Mei lalu, Johari juga telah bergaduh dengan Mohammed Al-Jayousi apabila mereka tidak sependapat dalam isu krisis Syria.

Ianya bermula apabila Jayousi menuduh Johari sebagai menyokong pemberontak di Syria, dan kemudiannya Johari menuduh Jayousi menerima habuan kerana menyokong Assad.
Kedua-dua mereka terlibat dalam kewartawanan dan berita.

Catatan Bikin Apa?:

Kalau kejadian sebegini berlaku di televisyen tempatan? Riuh!

Jangan sahaja ada tragedi baling kerusi PKR, apabila Wan Azizah dikatakan akan menggantikan Khalid di Selangor.

Ini Bikin Apa? Bikin Ketawa pun ada… Bikin Hairan pun ada.
Bikin selesai konflik? Kerana mulut badan binasa

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!