Iman Adalah Mutiara

iman-mutiara-nazrey-dana

Iman adalah mutiara, di dalam hati manusia…

Masih ingat bait lirik lagu nasyid itu? Ya… kumpulan Raihan. Sewaktu aku bersekolah di Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu dahulu, lagu-lagu nasyid kumpulan Raihan sering berkumandang dan dinyanyikan di asrama. Ada juga rakan yang amat meminat kumpulan ini dan telah berutusan surat dengan mereka. Oh..maafkan aku F, hahaha… bocor rahsia. Ramailah yang mengikuti trend dengan berbaju melayu dan berkupiah ala Raihan.

Kini, bekas penyanyi utama Raihan, Ustaz Nazrey Johani berusaha gigih, mengetepikan rasa malu dan penat untuk mengumpul dana bagi menjayakan projek membina sebuah pusat tahfiz di Ranau, Sabah iaitu Maahad Tahfiz Bayu Syahadah bagi tujuan menempatkan golongan asnaf, anak yatim dan saudara baharu Islam.

 

 

Beliau kelihatan menyanyi di Pasar Ramadhan di Kajang, Selangor dan dikatakan akan menjelajah pasar-pasar Ramadhan seluruh negara bagi merealisasikan projek tersebut.

Sedih juga bila melihat beliau yang pernah mengecapi populariti dan di puncak itu kini sanggup bersusah dan tanpa segan berada di khalayak untuk memohon sumbangan atas nama dakwah. Usaha murni beliau ini seharusnya dicontohi… ada apa dengan nama, pangkat dan darjat….

iman-mutiara-nazrey-dana2

Projek untuk membina pusat tahfiz ini sudah bermula sejak 2009, tetapi atas kekangan dan masalah, ianya berjalan sedikit perlahan. Mungkin dana yang hendak dikumpul masih belum cukup.

Ayuh, kita sokong dan jayakannya.

Saham dunia ada turun dan naik dengan tempoh yang terhad…

Saham Akhirat tetap naik dan menjadi bekal yang berkekalan.

iman-mutiara-nazrey-dana3

Orang ramai yang mahu memberikan sumbangan bolehlah membuat sumbangan melalui

Bank Islam : 12038010098575
Bank CIMB : 1230 0000 8331 09 (akaun BARU CIMB : 8600627302)
atas nama TAHFIZ BAYU SYAHADAH RESOURCES

NOTA:

Sila hubungi nombor tertera bagi memastikan no. akaun dan nama penerima adalah tepat.

MAKLUMAT TERKINI : Nombor Telefon Ustaz Nazrey Johani – 016 660 7105

Lain-lain rujukan : http://www.kasihihsan.ranggi.my/sek-tahfiz-bayu-syahadah/
Rujukan dokumen kebenaran mengutip sumbangan ada di link tersebut.

VIDEO : Tapak Projek Maahad Tahfiz Bayu Syahadah

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!