Ribuan tahun dahulu, kota-kota hebat seperti Baghdad, Damascus dan Kaherah silih berganti menjadi peneraju berbanding dunia barat. Islam maju seiring kemajuan inovasi dalam sains, teknologi, matematik, kimia, perubatan dan pelbagai lagi lapangan ilmu . Kota-kota agung ini menjadi pusat rujukan utama sarjana dunia sehingga lahirnya ramai tokoh terkemuka dengan penemuan-penemuan yang hebat.
Kekuasaan para khalifah di bumi Arab menyeimbangkan toleransi di zaman itu.
Malangnya kini, dunia Arab koyak rabak. Lumpuh dan cacat…
Berbanding dengan Asia, Latin Amerika dan Afrika yang kian membangun, dunia timur tengah itu seolah terhenti dan mundur oleh pemerintahan tidak efisien, dikatakan kuku besi dan dibelenggu peperangan yang silih berganti. Kumpulan militan, pejuang kebebasan, pejuang – pejuang… juga bertukar ganti. Kalau tidak pada pucuk pimpinannya, pejuang-pejuang ini juga berjuang atas ‘tiket’ dengan nama berbeza.
Jihad…
Bumi Palestin digegarkan lagi dengan serangan daripada Israel di bulan Ramadhan ini. Sedih…
Adakah akan ada sinar baru? adakah semua kekejaman dan penindasan itu akan berakhir.
Adakah Palestin akan terbela?
Adakah Israel akan menghadapi serangan dari ISIL?
Adakah akan bermulanya bibit-bibit Perang Dunia Ke-3 ?
JIHAD
Perjuangan ini tidak bermakna sekiranya pembunuhan dilakukan secara ‘biadab’.
Kesucian perjuangan jihad fi sabilillah itu tidak membenarkan kita membunuh secara kejam.
Ya… siapa aku untuk membicarakan tentang jihad?