Khabar Baik Bro

[Amaran : Banyak gambar!]

apakhabar-budakhutan1

Merenung ke luar jendela, bayu pagi meniup lembut…Lihat bintang di angkasa,Purnama menerangi gelapku

Klip Video Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow ft Sonaone baru sahaja dikeluarkan di Youtube beberapa hari yang lalu. Menarik dan mendalam! Habuk masuk mata bro… hehehe. Umum tahu yang Joe menujukan lagu ini khas untuk sahabatnya Malique. Luahan rasa kepada seorang sahabat melalui sebuah lagu dengan video klip yang umpph! Kerinduan mencengkam.

Aku ambil beberapa babak dari klip video yang bagi aku banyak makna dan mengandungi mesej tersembunyi (eh..geng… ni bukan pasal konspirasi atau freemason..okie!) .

Gambar di atas menunjukkan tarikh 27hb Februari. Tarikh istimewa Too Phat? atau hanya tarikh video klip ini dirakam…

dan kelihatan di paparan skrin ada ‘missed called’ dari ‘private number’… panggilan dari Malique? barangkali…

apakhabar-budakhutan2

sunyiku hanya Tuhan tahu…

Dalam perjalanan banyak persimpangan, dimana kita bertukar arah?
kau lurus ke kiri, aku tegak ke kanan, dimana kita tersilap langkah?

Di suatu ketika pasti kita mempunyai seorang sahabat yang kita amat rindui. Sahabat karib yang ada di masa susah dan senang….Sama ada dia berada di tempat yang lain… atau mungkin yang telah pergi jauh… kehilangan dan ketiadaan mereka kadangkala boleh membuatkan ‘habuk masuk mata’! …

Kalau ada sahabat begitu memang hebat. Tapi realitinya… kini ramai sangat yang jadi ‘kawan’ hanya bila mereka memerlukan sesuatu… Senyum manis, pujian melambung … bila dah tak perlu, selisih pun buat tak tahu… dibelakang ‘goreng sotong’… jual cerita bukan-bukan… eh… lari cerita ni… hahaha

apakhabar-budakhutan3

Apa khabar?

Kadangkala waktu berhenti, ku toleh kesisi, dan kau tiada disampingku
tapi lebih seringkali bertemu dalam mimpi, semuka dengan sahabatku, 

apakhabar-budakhutan4
Babak yang ada kelibat seperti Malique pastinya membuatkan ramai tertanya-tanya?
eh… Malique ? Benarkah itu dia… atau… bukan…

apakhabar-budakhutan5

Pemandangan dan lokasi video ini juga sangat menarik… Siapa tahu… dimana?

permulaan penggembaraan yang berliku, dan ini mungkin sinopsis hidupku dalam lagu,
kau kembarku hari ini dan semalam, jadi hari esok? itu sendiri boleh faham. uhh!

apakhabar-budakhutan6

Malique masuk studio ?

Pada mulanya kita menjajah lagu lagu bahasa penjajah, dan kita berdua budak belasan, engkau pandai buat percaturan,

apakhabar-budakhutan7

sebab ini dua budak bijak, kita kata iya mereka tidak, kalau gagal merancang, itu merancang untuk gagal,
ku masih ingat pesanmu, ingat zal kita z paling handal zal, suntikan semangat untukku.

apakhabar-budakhutan8

Joe dan Malique? side by side…?

Angan angan jadi impian, impian jadi cita cita, kata kata jadi lagu, puisi jalanan tercipta,
Siapa kata jangan bermimpi? Doaku pada yang Esa. mungkin permulaan baru diketika berbeza!

apakhabar-budakhutan9

Kadangkala waktu berhenti, ku toleh kesisi, dan kau tiada disampingku
tapi lebih seringkali bertemu dalam mimpi, semuka dengan sahabatku,

…..aku tanya Apa Khabar

apakhabar-budakhutan10

apakhabar-budakhutan11

“The best kind of friend is the kind you can sit on a porch and swing with, never say a word, and then walk away feeling like it was the best conversation you’ve ever had”

tepat bukan?

apakhabar-budakhutan12

Di akhirnya ada jawapan mesej… “Khabar baik, Bro”

apakhabar-budakhutan13

tetapi … ermm.. kenapa penamat klip video ni macam ni ? Hilang komunikasi? Takdir… tidak ketahuan…

Pastinya yang dinanti adakah Malique akan menjawab persoalan ini? membalas Klip Video ini? jawapannya?

Baiklah… fuhhh… agak panjang entri kali ini. Terima kasih yang baca hingga ke akhir ayat. Jadi… Apa pendapat kamurang? Cuba cerita dulu…

Dapatkan TShirt – MUSLIM hari ini ! 

Mizuridesign.com - Reka-Cetak-Baju-Mug

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!