MH17 | Awas Bahas Nahas

tragedi-mh17-ukraine-russia-bom

“Sekali lagi?” Perkara pertama yang terlintas di kepala-kepala kita saat mendengar tragedi ini… pasti kita tertanya, sekali lagi? kenapa? Mujur tragedi kali ini ceritanya lebih pendek. Ringkas. Ditembak, jatuh dan terhempas. Tinggal mencari siapa punya angkara penyebab sengsara. Walau perit, ahli keluarga sudah tahu kebenaran dan penamatnya. Korban 295 orang itu pasti banyak kisah disebaliknya. Perjalananan sebuah kehidupan yang dinoktahkan dengan tragis. Lebih pilu bila ada anak kecil yang juga terkorban….

tragedi-mh17-ukraine-russia-bom-konspirasi

AWAS BAHAS NAHAS

Tidak boleh tidak ada juga yang mengaitkan ini dengan teori konspirasi. Tragedi nahas MH17 dikatakan sesuatu yang terancang dan sengaja. Korban-korban itu menjadi jaminan untuk satu perancangan yang konklusif. Agenda yang mengaburi kesejagatan. Pengalihan….Benarkah?

Salah bedil. Salah sasaran. Lain yang diburu lain yang menjadi mangsa. Itu juga menjadi debat hangat di warung-warung ‘kopi’ … mesej bertalu-talu di Whatsapp. Teori demi teori.

Soalannya… benarkah sampai begitu sekali? Awas bahas nahas… jangan sampai diberkas…

tragedi-mh17-ukraine-russia-bom-mayat

Mayat mangsa bergelimpangan. 22 mayat kelihatan di tempat kejadian..itu kata mereka, sekurang-sekurangnya yang mungkin masih kelihatan kelibatnya selepas impak junaman, terhempas, meletup dan terbakar. Dimana lagi yang lain? itu pasti mengundang tanya…

Mungkinkah ada yang terselamat? mungkinkah…

tragedi-mh17-ukraine-russia-bom-mayat-mati

walau apa pun… kita harus menghormati keluarga mangsa nahas. Jangan sebarkan spekulasi yang yang hanya membengkakkan luka.

Salam takziah…

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!