Tolong Orang Susah | Bukan Bagi Susah

Isu gelandangan dan membantu gelandangan menjadi perhatian umum baru-baru ini…. dan aku tertarik dengan satu kenyataan entah dari mana.

“HAPUSKAN KEMISKINAN, BUKANNYA HAPUSKAN ORANG MISKIN”

tepat sekali !

Cuba lihat video ini… Apa yang anda rasa selepas menontonnya? “Habuk masuk mata?”
VIDEO 1

Sambungan…

INFO RINGKAS VIDEO

Seorang gelandangan dari Florida yang bernama Martin diberikan kejutan oleh sekumpulan anak muda yang popular di YouTube dengan aksi prankster mereka.

Martin yang telah hidup bergelandangan selama lebih kurang 12 tahun diberikan baju, kasut, beg, potongan rambut, mandi serta makan malam yang hebat serta tempat untuk bermalam dengan tidur di atas sebuah katil yang pastinya empuk di sebuah motel.

Pertemuan Martin dengan Vitaly dari VitalyzdTV ini telah memberikan banyak perubahan kepada dirinya.

Perlahan-lahan hidupnya mula berubah. Walaupun tidaklah sehingga hidup mewah, tetapi dia kini telah mempunyai pekerjaan tetap dengan gaji yang berlipat ganda dari dahulu. Bukan itu sahaja, dia juga telah dapat memperbaiki hubungan dengan isteri dan keluarganya.

Saksikan kesyukuran dan rasa bertuah pakcik Martin dalam video ni…

pergh! Habuk masuk mata! sioott…

BANTU DAN TOLONGLAH

Tolong orang susah, bukannya tambahkan kesusahan orang. Boleh atau tidak dipakai pesanan keramat ni? Jawapan selamat pastinya, ‘bergantung kepada keadaan’. Contohnya dua situasi ini;

SITUASI 1

Seorang ayah terpaksa melakukan kesalahan… kesalahan yang salah dari perundangan manusia. Tujuannya untuk menyara keluarganya yang serba kesusahan dan kekurangan.

SITUASI 2

Seorang ayah terpaksa melakukan kesalahan… kesalahan yang salah dari perundangan manusia dan juga agama. Tujuannya untuk kemewahan duniawi.

baiklah… sengaja aku ringkaskan situasi itu agar tidak menjadi perdebatan dengan huraian panjang lebar.

Hapus-kemiskinan--

Tetapi seringkali terjadi, situasi ke 2 mendapat restu dan lepas dari hukuman. Entah kenapa , golongan ini juga sering dipandang tinggi dan dimartabatkan. Ya, kerana mungkin HARTA atau DARJAT… mungkin juga kerana dia sudah tergolong di dalam golongan yang HEBAT dan berpengaruh. Lebih-lebih lagi jika mereka ini sering diBUTUHkan, ok…ok..ayat lebih manis… diperlukan.

Dan di situasi 1, sering tertindas dan dihimpit. Bukan sahaja mereka dicela dan dikecam, bahkan turut di’SUSAH’kan dengan pelbagai hukuman dan tindakan. Apa boleh buat, mungkin kerana mereka bukan dari golongan yang diperlukan.Tiada kepentingan…. atau tidak termasuk dalam hierarki sosial.

Tepuk dada tanya diri… aku dah bersedekah tak?

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!