Cara Tangkap Gambar Objek Bergerak

soalan-amira-ambil-gambar-bergerak

Baru hari ini aku ternampak ada soalan di ruang chatbox di blog budakhutan dot com ni, nun di bawah sana…

Soalan dari Cik Amyra berbunyi begini :

“sy pakai nikon D3200. tlg ajr care nk snap gmbr objek yg bergerak laju boleh?”

Eh, betullah, macam itulah yang dia taip, aku salin dan taip semula.

Baiklah, aku pun cuba berkongsi setakat apa yang aku tahu. Aku pun masih belajar ketik-ketik kamera ni.

kamera-burst-continuous mode2

TEKNIK UNTUK  AMBIL GAMBAR OBJEK / SUBJEK YANG BERGERAK LAJU

Terdapat beberapa kaedah dan penyelarasan (setting) bergantung kepada keperluan dan keadaan semasa serta tahap kemahiran anda, sama ada baru bermula atau memang sudah mahir serta faham fungsi dedahan (exposure).

Apa itu exposure? Secara ringkasnya, jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam kamera , ia di kawal oleh lens diaphragm atau aperture.

Eksposure ini di kawal dengan mengawal bukaan aperture, berapa lama ia di buka iaitu shutter speed, dan kawalan ISO.

Rumit? Itu asas fotografi. Insya Allah, aku akan kupas semula dimasa akan datang.

Jadi, bagaimana untuk tangkap gambar objek yang sedang bergerak? Objek yang difokus menjadi jelas dan latar belakangnya menjadi kabur.

teknik-cara-tangkap-gambar-bergerak

Adam berlari riang di Tanjung Aru. Laju !

CARA MUDAH AMBIL GAMBAR OBJEK BERGERAK

1. Gunakan mod ‘Sports’

Mod ini sudah di selaraskan untuk mengambil gambar objek bergerak, terutamanya jika anda mahu mengambil anak anda sedang berlari / bermain bola / melompat dan pelbagai lagi aksi yang anda mahukan. Ianya mudah dan anda tidak perlu faham sangat tentang perkara-perkara yan gsaya sebutkan di atas tadi.

Cuma ambil perhatian, gunakan mod ini dalam cuaca dan tempat yang terang.

setting-kamera-shutter-sports-manual-d3200

2. Gunakan ‘flash’

Ya, dengan menggunakan flash, anda juga boleh menangkap gambar objek yang sedang bergerak.

Cuma, ia kurang sesuai digunakan apabila anda berada di stadium atau mengambil gambar pertandingan yang kadangkala gangguan dari flash ini boleh menyebabkan kosentrasi atlet terganggu.

3. Gunakan mod ‘Shutter Priority’

Dengan menggunakan mod ini anda boleh mengawal penyelarasan kelajuan pengatup aka Shutter Speed. Untuk ini anda perlu faham apa itu Shutter Speed.

Pada kelajuan shutter 1/250 ke 1/4000 (bergantung kepada kamera, D3200 mempunyai kelajuan  shutter hingga 1/4000)  anda boleh memegunkan objek yang sedang bergerak.

Pada kelajuan shutter 1/30 ke 30″ saat (bergantung kepada kamera, D3200 mempunyai kelajuan  shutter hingga 30″ saat) , objek akan mempunyai kesan kabur.

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Cari Dan Beli Peralatan Kamera Di Sini ! Harga Murah dan Berkualiti

GUNAKAN MOD MANUAL

Cara ini memerlukan anda faham semua perkara asas dalam fotografi tadi, serta memahami faktor pencahayaan di lokasi untuk menggambar.

Anda boleh meningkatkan aperture (bukaan), Shutter Speed (kelajuan pengatup)  dan kelajuan ISO bergantung kepada keadaan serta kualiti gambar yang anda mahu hasilkan.

kamera-burst-continuous mode

GUNAKAN CONTINUOUS SHOT / BURST MODE

Kaedah ini akan membolehkan anda mengambil seberapa banyak gambar dalam satu katupan.

GUNAKAN TRIPOD

Dengan menggunakan tripod, kualiti gambar akan lebih baik dan jelas berbanding dengan anda menggunakan tangan sahaja.

Kalau tak ada tripod, letak sahaja kamera anda di atas permukaan yang rata dan selamat.

Nak pakai monopod selfie? err… cubalah…

GUNAKAN ALAT KAWALAN PENGATUP / PEMASA

Cara ini untuk menjamin kurangnya gegaran apabila anda mengetik kamera.

Baiklah, panjang juga entri kali ni.

Bagaimana Amira, adakah entri ini menjawab persoalan tadi?

Ada lagi teknik dan cara merakam objek bergerak, seperti PANNING…

Apa itu panning? kita cerita di entri yang lain.. hahaha… nanti kita pening…

2 Responses to Cara Tangkap Gambar Objek Bergerak

  1. Terima kasih atas tip. saya menggunakan camera nikon D3100. Tip diatas ni membantu untuk menangkap gambar anak 🙂

  2. jambu batu says:

    Thank you Bro.. Tips yang agak panjang untuk aku hadam. Sama lak camera awek tu dengan aku nye.Nikon D3200 hehehe.. 🙂

Tinggalkan Komen Kepada MOHD FAIZUL ALI Batalkan

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!