Alhamdulillah. Berkesempatan juga untuk mencerap dan mengambil gambar ‘Supermoon’ malam ini. Lebih kurang jam 9 ke 10 lebih tadi. Selepas itu, lapisan awan nipis mula mengaburi pandangan. Nanti cuba tengok lagi.
Kalau dilihat di atas, itulah hasil ketikan kamera malam ini.
Kelengkapan untuk mencerap malam ini, guna mini teleskop. Bulan agak terang apabila dilihat melalui teleskop. Kawah-kawah kelihatan.
Ambil gambar secara terus dan cuba juga ambil gambar melalui teleskop. hahaha… macam mana? Halakan sahaja kamera Nikon D90 dengan lensa Macro 1:1 Tamron 90mm 1:2:8 ke arah Kanta Mata Mini Teleskop. Mini teleskop yang aku beli di Toys R Us suatu ketika dahulu. Banyak bakti ni. Hasilnya? Kurang memberangsangkan. Ok memang ok, cuma kelihatan jelas pantulan cahaya dan ada bias biru di hujung imej. Sila lihat Imej A di bawah.
Dan aku juga mengambil gambar menggunakan kamera sama dengan lensa Nikkor 70-300. Itulah yang paling jauh aku ada… sedih… tetapi hasilnya sangat hebat dan menarik. Kalau mereka yang ada lensa lebih mantap, pastinya dapat mengambil gambar bulan dengan lebih baik, terang dan jelas. Lihat Imej B, atau tengok sahaja imej di bawah.
Untuk mencerap meteor. Insya Allah, jika berkesempatan dan keadaan mengizinkan…adalah tu aku kasi kongsi disini.
Siapa ada ambil gamabr bulan malam ni? kongsi bah dulu… ^_^
Baiklah.Selamat malam!