Kalau hidup sekadar hidup, khinzir di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja
Nah… makan dalam juga petikan daripada sifu…Hamka ni. Maksud dan pengertian? Kalau dihujahkan pasti ada sahaja beza pandangan.
Sama seperti ghairah si pemboikot guna otak di kepala lutut. Oh, jangan tegur… mereka orang-orang mulia. Apa sahaja yang mereka lakukan itu atas dasar perikemanusiaan dan keprihatinan. Vandalisme, kata cacian dan mencarut serta mengasari orang lain dalam proses boikot itu, niat mereka murni dan suci. Baikkan abang puji … senyum.
Memalukan! niat murni… cara salah. Dimana letak adab dan akhlak? Tindak-tanduk kita mencerminkan AKAL. Mulut riuh lancang, baju solidariti tempah mahal, sepanduk diarak bagai nak rak, status di facebook, twitter, instagram dan blog megah konon sudah bertindak. Eh… Sudah cukup BEKAL?
Boikot ada caranya. Bukan setakat potong kredit kad, pijak dan bakar bendera. Kata jihad, ayuh…turun masjid dan surau…kita solat… itupun kalau nekad, jihad. Sekali lagi, tindak-tanduk kita mencerminkan AKAL. Kita tidaklah kebal. Dosa pun mungkin dah tercatit tebal…tapi jangan bebal. Guna kata kesat, bangsat… itu termasuk dalam syariat? Agama bukan tunggangan, tapi pegangan, yang baik diamalkan.
Sedekah dan doa. Doa itu juga biar cerdik. Kesejahteraan dan keselamatan, doa bukan untuk satu agama, satu bangsa, satu negara… tapi kepada sesiapa sahaja yang teraniaya. Mungkin sahaja ada sengsara dan derita di ceruk kota dan pedalaman di seluruh dunia. Agama dan bangsa mereka mungkin tidak sama aku dan kamu…tetapi mereka juga manusia.
Aku juga manusia biasa. Kudrat hanya empat kerat, amal sikit belum cukup bawa ke akhirat. Berpesan-pesan yang baik.
Masih Syawal… Salam Syawal. masih awal…
Kembali mengejar klimask, mencari konklusi. Aku masih disini.