Kerana Cinta Arjuna beta

arjunabeta

Tak akan ku biarkan walau ribut menyentakmu yang nyenyak  tidur, walau datang petir menyambar, guruh berdentum. Datanglah harimau, jengking dan ular, tak gentar, takkan ayah dan bonda berundur.

Akan ada satu ketika nanti, ketika kau tak tahu mana nak pergi, banyak selut dan kemelut bikin kalut. Pilih jalan yang betul, cekal dan tawakal panjatkan doa pada Yang Esa.

Kalau terpalit lumpur, jatuh menggelupur jangan pandanganmu kabur. Biarkan jasad luka, selama tuhan ada, takkan engkau tercela.

Ngeri tak terbayang mata, bila tiada disisi, igau gelak tawa… merindu rengekan tangisan manja.

Tidurlah anakanda arjuna beta… ayah dan bonda kan mendampingimu sentiasa…

 

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!