Disleksia | Kodeksku Yang Kompleks

kodeksku-yang-kompleks

Sejak dua menjak ini, makin kerapku diganggu visi… Bila celik juga bila mimpi.
Kelam dan suram, hijab berbalam-balam, cuba ku singkap, makin jauh makin dalam…

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias, Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias, Tidak ku bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya ku yang tahu kodeksku yang kompleks, Dalam disleksia ku cuba kekal dalam konteks

Ku mencari fungsi kewujudan, Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru, murung, berkurung tapi segalanya tetap ku harung

Komplikasi , gundah gulana, yang dulu ku igau, ku tinggalkan kerana reformasi
7 tapak di atas, ku turun kembali, mencari payah nikmat mendaki

kusut, terencat, peneman dinding goyang kaki…tak berfungsi
seperti pemancing, tanpa cacing tanpa pancing, dapat ikan… macam fantasi
beriku cangkul dan penyodok, biar peluh membasahi kudrat
dipenghujung hari biar semua dapat nikmat

 Kodeksku yang kompleks…bukan cornflakes.

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!