Galau, Gawal , Gugah

budakhutan-dihutan2Galau bergolak jiwaku meracau. Kacau. Jejaki jalan mendaki .. ku mahu lihat hijau dan biru. Hidup yang hidup, bukan mati yang hidup… bukan juga hidup yang mati. Jangan salah erti.

Gawal tak terkawal, menerawang di antara dimensi… mengerekot.. herot. Mengerti paradoks bukan ortodoks… Gagah bukan pada gah…

Gugah dari jaga kepada jaga-jaga… pencak diatur,  Lam Alif di ukir di udara dan di tanah, kuda-kuda diperkemas,lirik kiri ke depan, lirik kanan ke belakang… pejam mata, tiga enam kosong…

Bismillah…

 

budakhutan-dihutan

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!