” Aku rasa masa sudah sampai kawan… Sampai sini saja aku mampu bertahan. Korang semua… harus teruskan. Hidup… bermula dari kesedaran. Bukan dari mimpi… atau angan-angan… dan bila kau tahu diri kau siapa… Hari tu… hidup engkau baru bermula….”
“Pandang langit jangan lupa tanah… hidup… sehidup-hidupnya…”
“Jangan lupa aku…”
“Panjang umur kita jumpa lagi…”
~ Berg (Bront Palarae) – Terbaik Dari Langit
Interpretasi… selisih penginterpretasi bergantung kepada cetusan rasa serebrum di sebalik korteks. Tidak perlu jadi berbeza, cuma perlu jadi diri sendiri.
“Padamnya hasrat yang bernyala bila diri tenggelam punca”
Aku hanyut dek arus rasa, terumbang-ambing atas ombak dan arus. Selirat fikir bersimpul, kebas tapi tidak tenggelam… walau kadangkala sengaja aku menyelam dalam. Melihat apa yang hidup di bawah. Indah. Kita hidup satu bumi. Umpama sebutir pasir di lautan semesta.
Sampai masa… sudah sampai masanya. Cukup.
Galau bergolak jiwaku meracau. Kacau. Jejaki jalan mendaki .. ku mahu lihat hijau dan biru. Hidup yang hidup, bukan mati yang hidup… bukan juga hidup yang mati. Jangan salah erti.
Gawal tak terkawal, menerawang di antara dimensi… mengerekot.. herot. Mengerti paradoks bukan ortodoks… Gagah bukan pada gah…
Gugah dari jaga kepada jaga-jaga… pencak diatur, Lam Alif di ukir di udara dan di tanah, kuda-kuda diperkemas,lirik kiri ke depan, lirik kanan ke belakang… pejam mata, tiga enam kosong…
Bismillah…
“JANGAN LUPA AKU”
~ sekadar olahreka, dek kehangatan perbincangan keluarga besar peminat RAM… mengenai karya trilogi novel TOMBIRUO, Ramlee Awang Murshid yang bakal diadaptasi ke layar besar
Selain M.Nasir, aku boleh bayangkan Bront Palarae sebagai peneraju…