8 Bulan Ke Bintang | Kembali

kerja-kurik tanahSpekulasi. Apabila orang tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu maka ejakulasi spekulasi melata-lata dari mulut basi.

Selamat malam.
8 Bulan ke bintang kini kembali. Timbul tenggelam… terdampar dan hanyut. Biarkan deria merasa, biar keringat jadi ubat.
Cangkul tanah jumpa akar, teruskan korek… Cangkul tanah jumpa batu, teruskan gali…. Usaha dari lubang, dirikan tiang… tunggu bumbung. Jangan sombong.
Begitulah hidup. Selagi susah itu belum kau rasa, jerih lelah hidup bukan kau yang tanggung… harga hidup pasti kau tak hitung.

Sabar. Sampai waktu aku mendarat. Ucap selamat.

Ayuh. Aku akan jumpa aku.

Muka 1 dari11

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!