“I Want To Believe | The Truth Is Out There” Bah ! Siapa masih ingat drama bersiri yang dahulunya kalau tidak silap ditayangkan di TV2 ini… The X Files.
Aku percaya muzik tema drama ini sedang bergema dan terngiang-ngiang di telinga peminat tegarnya.
Fox Mulder dan Dana Scully akan kembali beraksi dalam X-Files versi terkini ! Pihak 20th Century Fox Tv telah bersetuju untuk menghidupkan semula drama bersiri ini untuk 6 Episod.
Aku kira , ini sebagai ‘pembuka selera’ atau ‘test market’ … kalau 6 siri X-Files ini meletup dan hangat. Pastinya akan ada sekuel. Hebat !!!
Masih aku ingat betapa minatnya aku dengan drama ini sewaktu sekolah rendah dahulu. Siap ada kad sebagai seorang Ejen Persekutuan… Ejen FBI. Kad itu aku buat dari manila kad yang digunting sepeti kad dan ada butiran lukisan logo FBI dan lain-lain catatan di atasnya. Kalau waktu itu ada Instagram dan Facebook, ‘confirm’ aku muat naik dan letak hashtag #Xfiles … kekeke…
Sehingga ke sekolah menengah aku meneruskan ‘kegilaan’ itu. Aku ada buku catatan dan potongan surat khabar berkaitan kejadian aneh dan pelik terutamanya yang berkaitan UFO.
Pengalaman melihat benda dan perkara luar biasa menyebabkan aku bertambah berminat untuk mendalami dan membuat kajian. Betapa kronik dan Fox Muldernya aku dulu….err mungkin sampai sekarang.
Dan nama panggilan ‘budakhutan’ yang aku gunakan semenjak dari sekolah rendah ini sebenarnya ada kaitan dengan…….
Baiklah… tak sabar rasanya menunggu adaptasi terkini X-Files.
Aku Mahu Percaya | Kebenaran Ada Di Luar Sana
Nota:
Bulan Mei bakal berlaku…