Fenomena Meteor | Shooting Star Di Sabah 21.3.2015

meteor-sabah-2015-2

Cahaya tersebut kelihatan seperti gambar di atas

21hb Mac 2015 – Lebih kurang 7 malam, lebihnya kurang pasti sebab tengah bersiap untuk mandi air tangki dari telaga, sebab bekalan air paip bersih tak ada di Kampung Jangkit, Kuala Penyu.

Sedang melurutkan seluar dan tiba-tiba langit malam terang benderang, kelihatan cahaya berwarna kuning jingga di langit muncul secara tiba-tiba dari cahaya yang suram dan menerang dalam selang masa kurang dari 5 saat (anggaran aku). Cahaya itu muncul dan hilang dalam tempoh yang amat singkat. Seperti sorotan lampu limpah yang dipasang dan ditutup.

Kami semua (keluarga) cepat-cepat melihat semula ke semua penjuru langit untuk menjejak cahaya tersebut. Malangya ianya sudah hilang.

Aku pasti ianya bukan Fenomena Tiang Cahaya atau Light Pillar seperti yang dilaporkan berlaku September tahun lalu.
Aku juga pasti ianya bukan Lampu Suar
Aku juga yakin ianya bukanlah Mercun / Bunga Api
Dan bukan UFO

Sebabnya ?
[+] KERANA cahaya tersebut tidak bersinar untuk tempoh yang lama
[+] KERANA cahaya tersebut tidak disusuli oleh bunyi letupan
[+] KERANA ada rakaman yang boleh dikaitkan dengan kejadian ini. Cuba lihat…

Kalau dilihat pada tarikh dan masa rakaman, aku yakin ianya adalah Meteor atau bahasa mudahnya Shooting Star aka Tahi Bintang.

Selepas lihat rakaman CCTV dari Sembulan River Park ini, aku teringat pula pada kejadian meteor di Chelyabinsk, Russia pada Februari 2013 yang lalu. Menakjubkan.

Tetapi setakat hari ini, belum ada sebarang laporan rasmi atau kenyataan dikeluarkan oleh pihak ANGKASA atau pun Jabatan Meteorologi Malaysia.

Aku pasti, memang ramai yang berkesempatan melihat fenomena ini pada malam 21 Mac yang lalu. Ayuh kongsikan ^_^

meteor-sabah-2015

Rakaman METEOR dari CCTV Sembulan River Park

Nota:

Teringat kejadian misteri bebola Cahaya yang berlaku di Kampung Shahbandar, Tuaran sewaktu aku masih kecil. Misteri…

Jika ada peminat ASTRONOMI tegar di sini, jangan lupa 23 April ini juraian Meteor Lyrids akan memuncak pada kadar 18 meteor sejam, anggaran tempoh masa bermula 0000 – 1100 23.3.2015. Langit akan gelap gelita bermula tengah malam hingga ke Subuh pada hari itu, sebab bulan akan terbenam sekitar 11 malam 22.3.2015.
Kalau bernasib baik, boleh ‘tembak’ gambar Milky Way sekali !

* Gambar meteor paling atas bukanlah gambar sebenar kejadian, tetapi ianya menepati apa yang aku dan ahli keluarga lihat.

 

Muka 1 dari11

10 Responses to Fenomena Meteor | Shooting Star Di Sabah 21.3.2015

  1. Biby says:

    Hi..saya pun nampak fenomena tersebut dari area Kepayan..sangat jelas cuma xsempat snap:)

  2. sushie says:

    Yup.saya di beaufort pun ada nampak.. Dlm jam 7malam mcm 2… Bebola Cahaya terang sangat warna oren… Tapi skejap saja.. Sekelip mata terus hilang…

  3. Anon says:

    Ini adalah fireball.

  4. daknam says:

    Saya nampak dgn jelas sekali kerana jatuh tidak jauh dari tempat saya berada, balai cerap al-biruni, dumpil.

    Cahaya yg terang tidak kelihatan kerana terlindung dgn bumbung balai dan cahaya yg keluar bermacam-macam. Mengikut kawan saya yg tahu ttg kimia, cahaya yg keluar menunjukkan kandungan logam yg terkandung dalam meteor tersebut

    Utk pengetahuan, saya dan ustaz abdul salam dari pej mufti berada di sana kerana membuat cerapan hilal JamadilAkhir 1436H

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!