Kadang kala kita akan menyesali beberapa keputusan yang telah kita buat dan lakukan. Serba salah, kecewa dan hilang arah tuju.
Kalau boleh mahu sahaja diputarkan masa. Diubah semua kejadian dan peristiwa agar memihak kepada kita…. malangnya, hanya segelintir yang berjaya… eh!
Setiap jalan yang kita pilih pasti ada baik dan buruknya. itulah dia UNTUNG RUGI SEPANJANG PERJALANAN HIDUP.
Kos lepas kata orang ekonomi.
Kita tidak dapat memperolehi segalanya pada satu-satu masa. Pasti ada yang terlepas dan pengorbanan perlu dilakukan. Kita perlu memilih.
Seperti memilih untuk berpindah tempat kerja.
Objektif awalnya adalah untuk mencuba perkara baru, mencari cabaran, menambahkan ilmu dalam kerjaya, menggalas tugas yang lebih mencabar.
Semangat yang berkobar-kobar akhirnya luntur. Seperti melukut di tepi gantang. KOSONG – bukan ini yang aku cari.
Hikmahnya, aku memperolehi pelbagai pengalaman dan belajar perkara baru…. di luar bidang tugas hakiki.
Beberapa laman web telah aku bangunkan dan hidupkan sehingga kini.
Sejujurnya aku lebih suka dengan cara kerja dan tugas-tugas yang dilakukan dahulu. Peranan dan tanggungjawab yang diberikan amat mencabar dan menyeronokkan bagi aku.
Banyak perkara berkaitan perkeranian, fail, buku perkhidmatan, pengurusan sumber manusia, sistem elektronik kerajaan (SISPEN, HRMIS, E-Perolehan, E-Terimaan, ESPKB ) yang aku terlibat dan ada peranan.
Dulu aku PINTAR sebab ada KAD PINTAR, untuk akses sistem yang berkaitan.
Sekarang tiada KAD PINTAR…. maksudnya… kurang pintar… hahaha
kawan sekerja pun terbaik ^_^
Buat video pendek untuk Majlis Perasmian … Perpisahan dan Kenang-kenangan… Program-Program Jabatan.
Jadi urusetia kursus… kadang-kadang bagi kursus. Ingat lagi mengkursuskan peserta Kursus Induksi Umum MOSTI
Jadi jurukamera majlis, program jabatan… paling seronok, berkesempatan menaiki Jet Peribadi bersama arwah JJ. Lawatan dan program ke Lembah Danum, Sepilok, Labuk Bay dan banyak lagi…
Jadi juruacara majlis, cipta lagu jabatan, jadi Pengawal, jadi Pemandu …. dan macam-macam lagi kenangan manis dan mencabar dahulu kala…
Fuh… memang kira jadi-jadianlah dulu tu…
Sehinggalah tiba waktunya, segalanya jadi serba tidak kena – orang cakap adalah tu orang yang tak suka…. akhirnya aku pilih pindah
dengan harapan semuanya kembali pulih dan menjernihkan suasana.
Malangnya bukan jernih… makin kabut…. keruh. – orang cakap adalah tu orang yang tak suka…. ada lagi….
Duduk terkebil-kebil untuk tempoh yang lama tanpa ada cabaran dan tugas yang mengasyikkan. Buat aku lemah semangat. Hilang fungsi dan peranan.
Masalah juga datang bertimpa-timpa. Ditepis, dielak, dirempuh, dilangkah… masih juga kena. Kali ini lebih parah, lebam dan bengkak. Harap sahaja tidak menjadi nanah dan kudis.
Tandanya sudah ada.
Aku berharap aku dapat berfungsi semula. Berfungsi dengan sedia ada atau pindah lagi atau kembali.
Ya. Aku mahu berfungsi semula.
Meluahkan rasa? lebih kuranglah… blog aku. hahaha…