Menyedihkan | Jeti Sawangan Tinggal Kenangan

Pernah berkunjung ke Kuala Penyu? Jika pernah, pasti tahu akan jeti yang terkenal ini. Jeti Pantai Sawangan… menyedihkan kini hanya tinggal kenangan.

Suatu masa dahulu, Jeti Sawangan merupakan destinasi popular untuk pelancong domestik, kadangkala kelihatan juga pelancong dari luar negara. Para pemancing tegar pastinya menjadikan jeti ini antara ‘lubuk’ untuk memancing.ย 

Ketika tiba musim cuti sekolah pula, kawasan sekitarnya akan dipenuhi dengan orang ramai, keluarga yang mahu beriadah dan meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang.

Ada juga yang mendirikan khemah dan bermalam di Sawangan. Menikmati hempasan bunyi ombak dan angin pantai, melihat bintang, berlibur sambil beraktiviti mengelilingi unggun api dan pantai ini seolah-olah hidup dengan kehadiran orang ramai.

jeti-sawangan-kuala-penyu-ROBOH

Malangnya… jeti semakin menghilang. Tarikan utamanya sudah hampir lesap, roboh ditelan masa dan kenaifan kontraktor serta seolah tidak diendahkan pihak berkuasa tempatan.
Wakil rakyat yang dipilih entah ambil tahu atau tidak… atau biarkan sahaja, janjikan sahaja sesuatu yang baru sebelum musim mengundi.

Menyedihkan. Bukan sahaja jeti yang daif, tetapi persekitaran Pantai Sawangan juga telah hilang serinya. Hilang auranya. Sesekali kelihatan juga pemancing-pemancing melepaskan gian.

Lihat lagi gambar di atas dan dibawah… sampai begitu sekali di abaikan.

Aku tidaklah bijak, tetapi aku tahu, jika ini merupakan produk utama yang melakukan jualan, maka produk itu harus kita jaga dan tambah nilai.

jeti-sawangan-kuala-penyu-kecwa

Ini hanya masalah Jeti, belum lagi diambil kira masalah bekalan air di kampung-kampung sekitar Kuala Penyu. Lagi menyedihkan.

Aku kaitkan lagi dengan logik, jika kita mahu pelanggan kita untuk terus melanggan dan membeli, kemudahan dan tarikan untuk pelanggan seharusnya diutamakan. Jika tidak, pelanggan akan lari.

Lihat di bawah, jeti sawangan yang dulunya gah dan menarik…

walaupun struktur binaan dan kaedah binaannya yang langsung tidak mencerminkan kepakaran serta kesungguhan.

Cantik tetapi kurang waras, begitulah perumpamaannya.

jeti-sawangan-kuala-penyu-kecewa

 

Adakah akan ada PERUBAHAN / PENAMBAHBAIKAN ? atau menunggu untuk di ubah?

Jeti Sawangan oh Jeti Sawangan….

5 Responses to Menyedihkan | Jeti Sawangan Tinggal Kenangan

  1. BunduBoy says:

    Salam.. Saya pun heran sebenarnya p mana YB kita tu bersembunyi… Perkara ini sudah lama terbiar, Orang pun tidak ramai yg datang berkunjung sebab tarikan utama sudah tercemar dengan pandangan yg tidak bersih… Saya ingin berkongsi gambar jeti sawangan ketika dia baru jatuh dengan anda

  2. aries93 says:

    iya memang menyedihkan.. saya sebagai org kmpung swangan sendiri pun terasa dengn keadaan jeti ni.. dari saya kecil dsana lh tempat kmi menghbiskan masa. tempat kmi cri memncing cari rezeki. klu dlu mgkn utuh lagi pembinaanya.. skrg blm smpai 5 tahun dibaiki klu xsilap sy lah.. roboh sda kna ombak.. ๐Ÿ™

    • budakhutaN says:

      Aries93, bikin segan juga kan dengan pelancong dalam dan luar negara yang datang. Dorang datang dengan penuh harapan… sekali datang…bikin kecewa. harap-harap kena buat barulah jeti ni. pakai konkrit

    • BunduBoy says:

      Aries93, tidak sampai 2 tahun pun sebelum roboh memang suda kena repair, tapi separuh jalan ja..yg dekat tembok itu ja.. tidak pun sampai ke penghujungnya..

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga โ€˜goblokโ€™, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!