Papar Poster Promosi Aksi Orang Utan | Hard Rock Cafe ‘Bikin Panas’

Poster Orang Utan hard Rock Kota KInabaluDalam tempoh beberapa hari ini, telah viral isu papar poster promosi dengan aksi Orang Utan oleh Hard Rock Cafe yang ‘bikin ‘panas’ di media sosial.
Ramai yang melontarkan rasa kurang senang dan tidak puas hati dengan paparan promosi tersebut. Anda yang di Kota Kinabalu sudah lihat poster-poster ini?

Pencinta Alam Sekitar, Pencinta Haiwan dan juga orang awam tidak setuju dengan  paparan aksi Orang Utan yang seolah menggila sambil bermain gitar, ianya dikatakan kurang elok dan tidak sesuai dijadikan bahan promosi. Ada di kalangan mereka yang mencadangkan agar kempen boikot dan protes online dijalankan.

Menurut Dr. Senthilvel K S S Nathan, dari Jabatan Hidupan Liar Sabah, ianya seperti mengeksploitasi hidupan liar dan menyampaikan mesej yang kurang baik kepada pelancong luar dan dalam negara. Seolah-olah haiwan yang menjadi kebanggan dan ikon pelancongan negeri Sabah ini diperlakukan sedemikian rupa. Beliau juga telah meminta pihak pengurusan HRC KK untuk menurunkan poster-poster tersebut. Malangnya sehingga kini tidak ada tindakan lanjut diambil.

Seorang lagi aktivis alam sekitar, Dr.Benoit Goosens, Pengarah Pusat Lapangan Danau Girang menyatakan kaedah promosi sedemikian adalah sesuatu yang ‘kotor’ dan kaedah promosi yang salah. Beliau turut menambah, ianya tidak memberikan imej yang baik kepada HRC KK.

Antara komen-komen dari pengguna di media sosial:-

“Really BAD taste, Hard Rock Café KK. Take these down now! Stop exploiting Orang Utans. This is so NOT clever,” ~Jaswinder Kaur Kler

“Typical multinational insensitivity. All they care about is money, some overpaid idiot thought it would make good marketing and clearly has no idea how dear we hold our wildlife. I thought HRC would be a good brand for Sabah but when I saw the advertisements mocking our wildlife I realised it is just another insensitive greed-machine.”~ Simon Amos

dan lain-lain komen seperti di gambar
Poster Orang Utan hard Rock Kota KInabalu

BANYAK LAGI IDEA KREATIF YANG LEBIH ‘AWESOME’ !

Ya…Banyak lagi sebenarnya idea lebih kreatif yang mereka boleh paparkan… tetapi sekiranya ini memang strategi pemasaran untuk ‘bikin panas’ dan menarik perhatian orang ramai, mungkin mereka berjaya tetapi ianya memudaratkan dan mencalarkan imej syarikat. Lebih-lebih lagi mengguris banyak perasaan.

Kalau geng Orang Utan di Sepilok Sabah tu nampak dan tahu, macam mana? hehehe…

Sabah kan terkenal sebagai Pusat Konservasi / Rehabilitasi / Pemuliharaan Orang Utan. Takkanlah mereka tidak tahu jika ianya sesuatu yang sensitif di sini.
Mujur cerita wayang Dawn Of The Planet Of The Apes bukan realiti, kalau tak… ada yang datang bikin amuk!

Kita tengoklah dalam minggu ni. Poster tu turun atau tidak.
Dari segi kualiti Photoshop tu ..kira hebatlah, bolehlah… mungkin kena belajar lebih lagi BISNES BANNER

Pendapat anda pula macam mana?
Poster Orang Utan hard Rock Kota KInabalu
a
ntara bahan sumber: MalayMail

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!