Tunduk | Biar Akal Memujuk Hati

tundukTunduk…. biar akal memujuk hati. Tangan ku kepal. Lampu dibiarkan padam, dalam suasana suram.
Diam, lantai ku renung. Tenung . Sunyi, hingga dengar degup jantung, nafas turun dan naik. 
Otak memutar kembali memori, dari satu babak ke satu babak. Seperti sebuah filem bersiri. Epik dalam erti kata logik.
Mata ku pejam.

Hati yang rawan menahan gelora kecamuk yang datang silih berganti. Kudratku lemas, tapi takku biarkan tenggelam lama. Cukup nafas, timbul dan bertahan, berenang perlahan sekali sekala dilambung ombak. Tenggelam… Timbul.
Terik panas, dingin malam. Tetap bertahan… kerana itu sifat pejuang, takkan mengalah tanpa berjuang. Ruang dan peluang? jangan gelojoh, mata jangan rambang.

Yakin aku yakin. Ini semua dugaan, payah yang menjadi ajar. Pengalaman untuk dirasa, jadi pedoman dan panduan. Untuk kita jadi lebih kuat.

Syukur ku masih disini. Bernafas. 

Tunduk… biar akal memujuk hati.
Sujud… biar tawakal, iman tak mati…

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!