Misi ke Bulan | Aku Bukan Angkasawan

misi ke bulan orang sabah
Matahari sudah terbenam. Langit senja beransur kelam.
Usai Isyak tadi, aku bergegas ke bilik persalinan, kini aku telah lengkap berpakaian dalam sut angkasawan.

Ini misi yang penting! Kamu semua dipilih untuk ke bulan. Selesaikan tugasan dan kembali ke bumi dengan segera“, ringkas arahan dari Perdana Menteri melalui paparan hologram di bilik operasi, Pusat Kawalan Penerbangan Angkasa, Agensi Angkasa Malaysia, Kudat tadi.

Perdana Menteri Malaysia yang ke sembilan, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Mempunyai karisma dan keterampilan yang hebat serta penampilan segak dan lontaran vokalnya yang lunak ketika berucap mampu memukau segenap lapisan masyarakat. Tidak hairanlah apabila beliau menjadi pilihan rakyat selama 4 penggal berturut-turut. Gaya kepimpinannya yang tegas, berani dan inovatif menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur dan disegani seantero Bumi dan Marikh.

Malik, awak ada masalah? tak berkedip mata awak merenung bulan tu“, Kapten Apai menepuk bahuku. Tersengih.

Perjalanan ke bulan, dalam jarak 384,392 km hanya ambil masa kurang 24 jam… hebat“, jawabku acuh tak acuh.

Esok kita akan sampai ke bulan… Masa tu awak akan berpeluang merenung bumi pula“, telunjuknya digerakkan ke arah bulan dan kemudian ke tanah, selepas itu kapten mula menaiki tangga kapal angkasa Kinabalu 7. Kapal angkasa ulang alik pertama buatan Malaysia.

Aku tersenyum. Tunduk ke tanah dan gelengkan kepala. Langkah di atur menaiki tangga, Belle yang menunggu di pintu kapal mengangkat tangan dan membuat isyarat panggilan masuk.

……

Kelihatan susuk lembaga di hujung hangar, tersenyum dan menyeringai.

~tamat

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!