N.A.I.K … Nanti Aku Ikut Kau.
Fasa kehidupan semakin berubah. Jika statik itu bagus, maka teruskan kaku jangan maju. mahu?
1) Berkesempatan melawat rakan-rakan di jabatan lama. Santai, bertukar-tukar cerita, dari isu semasa, politik, kerja dan keluarga. Jiwa aku rasa tenang. Rasa seperti kembali ke ‘kampung halaman’ atau rasa seperti balik rumah sendiri. Kemesraan dan ukhwah itu terasa erat sekali. Sekali lagi cerita rakanku yang mengangkat takbiratul ikhram lebih awal dari imam jadi ‘viral’… hahaha. Nostalgia.
2) Walaupun aku hanya duduk dan diam, dan sesekali bersuara, bercerita … mendengar cerita mereka dan melihat telatah mereka ..ianya mengubat sesuatu yang hilang dari hati. Tenteram.
3) Dari sana aku kembali ke sarang baru. Paginya aku keluar dari situ dengan hati yang serba kelam, sebab itu aku tekadkan untuk ke tempat lama… dan bila balik ke sarang baru petang tu. Jiwa kembali suram. Hairan. Walhal, belum pun aku naik dan duduk di kerusi, menghadap komputer. Kaki aku berat untuk melangkah naik. Surau menjadi tempat yang baik untuk mententeramkan gundah.
4) Entahlah. Mungkin disini bukan kandang aku.
5) Hijrah. Itu pilihan dan kemahuan aku. Berharap agar semuanya berjalan lancar.
Aku… masih aku.