Panduan… Makan Ikan Jangan Lupa Cecah Sambal. Baiklah… perlu atau tidak sebenarnya panduan macam ni?
Pilih sahaja cara anda menghadamnya, sama ada entri ini berbentuk panduan sebenar atau metafora
3 sebab kenapa makan ikan kena cecah sambal !
#1 TIDAK BOLEH MAKAN MENTAH ? KAU GILA!
Kalau kau peminat sushi sekali pun, isi ikan yang dimakan tu tidaklah 100% nya kosong. Ada juga campuran dan cecahannya. Kau gila mahu makan mentah-mentah!
Hinava , Noonsom Sada, Pinaasakan atau pun Bosou… ada juga campurannya bah.
#2 MAKAN IKAN YANG DIMASAK SAHAJA ? KURANG NIKMAT!
Ada rasa nikmat tak bila hanya makan ikan sahaja tanpa cecah apa-apa?
Bayangkan ikan segar yang dimasak, dibakar atau direbus… dan makan begitu sahaja… tanpa cecah apa-apa. Apa kau rasa?
Masih ada rasa sedap… tapi macam ada kurangkan.
Cuba cecah dengan sambal.
#3 CECAH SOS ? PERASA TIRUAN !
Mungkin ada juga yang lebih suka makan ikan dan cecah dengan sos biasa. Biar betul…
Perasa tiruan tu… hehehe
Mesti ada yang cakap;
Kalau ikan tu masak gulai, Ikan Masak Kicap , Ikan Masak Kurma, Ikan Masak Sos, Ikan Masak Kola, Ikan Masak Cili, Ikan Masak Taucu, Ikan Rebus Kuning dan macam-macam lagi jenis masakan… nah, mesti kah juga dicecah sambal?
Jawapannya ada dilidah masing-masing… rasa dan hadam.
Lidah kau lidah kau..lidah aku…lidah aku… tak sama
Nota:
Ikan paling sedap di dunia ialah ikan………… ?