Tutorial : Cara Keluarkan Adsense Melalui Western Union Di Pejabat Pos


cara-keluar-adsense-pejabat-pos
Tutorial : Cara Keluarkan Adsense Melalui Western Union Di Pejabat Pos

Assalamualaikum dan salam blog.

Para blogger Otai dan baru yang terjebak dengan Adsense, pastinya ternanti-nanti detik 23hb (waktu Malaysia), sebab itulah waktu keramat pihak Google akan keluarkan ‘Statement Of Earning’ dan bayaran untuk pendapatan Adsense bagi bulan sebelumnya.
Maksudnya, untuk pendapatan bulan lalu , bayaran akan dibuat pada 23hb bulan seterusnya.

Sebelum ini, kaedah yang aku pilih untuk terima bayaran Adsense adalah menggunakan Cek, selepas itu beralih gunakan kaedah melalui Western Union. Kebiasaannya aku memilih untuk mengeluarkan rezeki adsense ni melalui western union di pejabat pos. Kenapa pejabat pos dan bukan Wire Transfer? sebab kalau bank ada CAJ ^_^

Tutorial : Cara Keluarkan Adsense Melalui Western Union Di Pejabat Pos

1. Cetak ‘Payment Receipt’ dari akaun Google Adsense anda
– Ini untuk lebih memudahkan, ada kerani kaunter pejabat pos / bank yang kadangkala CURIGA dan HAIRAN
– Aku pernah kena tanya “Kenapa kau kena bayar oleh Google? Kau kerja sana?”…

2. Butiran Penting dalam Payment Receipt tu adalah :
– Nombor Kawalan Pindahan Wang / Money Transfer Control Number (MTCN)
– Nama dan Alamat Pembayar

3. Lengkapkan Borang Penerimaan Wang Western Union
– aku isi borang aku macam di bawah ni kebiasaannya…
– untuk ruang jumlah dijangka tu, aku selalu lengkapkan dalam USD dan sertakan nilainya dalam RM

4. Di Kaunter, awek Pos akan minta kad pengenalan untuk pengesahan
– Untuk kali pertama / jika awek tu tak tahu… dia akan soal macam-macam

5. Bayaran diterima TUNAI. Tak ada kos tambahan (bayaran untuk pihak pos)
-cuma anda perlu senyum dan ucap terima kasih …

cara-keluar-adsense-pejabat-pos-westernunion

Baiklah, ringkas bukan… taklah kompleks dan susah.

Ya di Bank pun aku pernah buat … mudah.

BANYAK TAK DAPAT DARI GOOGLE ADSENSE ?

Alhamdulillah, bolehlah untuk bernafas dan langsaikan bil-bil…
kalau mahu banyak… usaha kena lebih ^_^

4 Responses to Tutorial : Cara Keluarkan Adsense Melalui Western Union Di Pejabat Pos

  1. Arfi says:

    Thank You, nice tutorial. saya baru pertama kali mau mengambil uang adsense lewat Western Union

  2. shah says:

    kalau kata bulan nie dapat income klu kita x ambk berapa lama expired date dia klu x ambk blh simpan lh ke untuk bulan2 akan dtg

    • budakhutaN says:

      Pendapatan Adsense boleh dikeluarkan selepas mencapai had minima USD 100, kalau dah cukup dan kita tak tunaikan / mohon withdraw (dalam kes WU) income tu akan jadi terkumpul.
      TAPI, lebih elok sebenarnya withdraw secara auto terus masuk ke akaun bank kita, tak perlu beratur di Pejabat Pos / Bank / Ejen WU

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!