Alhamdulillah, pada pagi Jumaat, 29 Mei 2015, bersamaan dengan 11 Syaaban 1436H, berlangsung Majlis Akad Nikah adik aku bersama dengan pasangannya.
Pada sebelah malamnya pula berlangsung Majlis Berinai, keesokan harinya Majlis Persandingan.
Terima kasih diucapkan kepada semua saudara-mara yang telah hadir. Serta rakan-rakan pasangan mempelai yang memeriahkan majlis.
Usaha dan kerjasama serta gotong royong bersama mengeratkan hubungan kekeluargaan. Gelak ketawa, gurauan dan cerita bertukar ganti.
Keletihan yang dirasa terubat dengan senyuman serta kemesraan.
Perjalanan sebuah kembara kini masuk lembaran baru ^_^
Selamat Pengantin Baru Bro !
Nota:
Gambar? Insya Allah akan aku kongsikan nanti ^_^