Lama… agak lama. Lama tidak mengemaskini di budakhutan.com ni. Banyak perkara yang telah berlaku dan menjadi pembolehubah.
Ya. Hari tidak akan selalunya siang, dan tidak pula selalu malam. Termaktub untuk kehidupan di bumi. Walaupun engkau seorang Ultraman atau seekor King Kong.
Mungkin perumpamaan itu berbeza untuk lain-lain planet di alam semesta nan luas ini.
Walau setebal mana pun kekecewaan hidup, contohnya, kekecewaan melihat Jon Snow ditikam berulang kali….”Winter is coming…” . Hidup harus juga diteruskan.
Sejak dua menjak ini aku lebih kurang bersosial, agak introvert. Wujud dalam dunia yang ‘lain’.
Aliran aku mungkin sudah jauh tersimpang. Duduk di pejabat berpenghawa dingin menurut perintah dan ‘politik’ kepejabatan, hampir terpadam dalam kamus. Terperap tanpa melakukan apa-apa akhirnya tidak menjadikan kau apa-apa. Benar, aku masih merindui kesibukan dan tekanan kerja. Ya. Tekanan kerja itu menyeronokkan, umpama adrenalin.
Dan setiap hari aku kini, tertekan oleh kerja bermula subuh hingga lewat malam ke awal pagi. Bersengkang mata dengan misi untuk hidup. SURVIVAL.
Lebih seronok apabila kau punya lebih masa untuk diri dan keluarga.
Hakikatnya, walau sejauh mana kita terbang, setinggi mana kita melayang, akhirnya kau perlu hinggap dan singgah di mana-mana.
Dan dimana-mana itu ada bila-bila.
Sampai waktu, kau boleh terbang semula, setinggi mana yang kau mahu.
Cuma jaga dimakan katak dan ular, atau terkena perangkap.
~ re2015