Mata Ku Pejam Rapat

TupaiDi hutan yang hijau ini terasa damai. Dalam damai aku tidak mamai.
Hujan turun dengan lebat. Sejuk.
Tadi nyamuk ada di mana-mana. Gatal. Tapi aku senang, darahku hanya dihisap nyamuk, bukan ‘dihisap’ oleh orang mahupun zombie.

Langkah demi langkah, perlahan ku atur. Nikmati indahnya alam dalam hujan.
Dari kejauhan terdengar bunyi air yang mengalir. Sungai… atau air terjun?
Harap sahaja air terjun di Havasupai. Biru.

Aku baring. Membiarkan diri dalam kebasahan.
Mata ku pejam rapat. Rapat.

… Aku masih ada disini.

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!