Parang Sehati Sejiwa | Hikmat Pusaran Tujuh Lautan

parang
Parang Sehati Sejiwa | Hikmat Pusaran Tujuh Lautan

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Macam mana dengan tajuk ? boleh bayangkan? hahaha… macam cerita ala-ala pendekar… Ehemmmm.

Sejak dua menjak bermenjakan ini, aku sibuk. sibuk dengan hidup yang bukan lagi 8-5, 7.30-4.30 atau 8.30-5.30. Rasa hidup yang betul-betul hidup. Berjuang untuk hidup.

Kenapa dan mengapa? Biarlah rahsia. Yang menghidupkan hidup kita adalah kita sendiri dengan izin Yang Maha Esa.
Sampai bila? Harap saja tidak lama. Jika berpanjangan, dipanjangkan maka itu pasti kerana pertimbangan sudah tidak ada. Orang biasa-biasa, biasalah.

BLOGGER SEPENUH MASA?

Sukar juga untuk aku kategorikan diri aku sekarang sebagai blogger sepenuh masa. Lihat sahaja blog / website peribadi ini. Sedikit hambar dan tiada pengunjung.

Website lain ? Alhamdulillah.
Affiliate ? Alhamdulillah.
Adsense ? Alhamdulillah.
Lain-lain ‘pendapatan’ online ? Alhamdulillah.

Ya. Syukur masih boleh bernafas, dah sampai paras hidung, kadang tenggelam dan timbul. Masih ada belenggu, harap sahaja tidak lemas.

MELUKIS DAN MENULIS

Setelah sekian lama dipergunakan, merelakan diri digunakan, menjadi kambing hitam / putih , jadi kuli aku tetap macam dulu-dulu. Jadi orang sebalik tabir, jadi orang yang tak tidur malam, jadi orang yang tak peduli tentang masa demi kebaikan semua, kebaikan berkumpulan, kebaikan organisasi dan semua itu adalah perlu. Adalah lebih baik begitu, kerana aku akan rasa berfungsi.
Walaupun sangat ramai dan banyak janji-janji dicapati, melibatkan insentif dan kerjasama yang akhirnya terbang bak gagak di rimba. Tidak mengapa. Bantu membantu itu amalan mulia.

Kini. Aku berfungsi untuk aku. Tenang. Kerja kurang jumpa talam. Jangan pula tuduh aku selalu jumpa tilam. Bangun tidur tetap sama macam dulu.
Melukis dan menulis… dan… survival

SEPTEMBER

September ini ada apa? Tunggu…

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!