Pandang | Lihat Tujuh Kali, Jangan Lali DiAkali

pandang-budakhutan

Pandang | Lihat Tujuh Kali, Jangan Lali DiAkali

Dahi dan hidung cium lantai berpejam mata. Kumat-kamit, sampaikan salam rindu, hantar harap … benar kerap.
Kurang lima tambah dua, kurang lagi terus tambah. Biar dari nampak bintang hingga ayam kokok fajar. Syukur.

Kembali. Mujur. Ringkasnya, setiap perjalanan akan berikan kita pengalaman dan pengajaran berharga.
Terima kasih pada mereka yang membantu, bersabar dan mengerti.. juga kepada mereka yang menghakimi.
Tidak dan harap jangan ada jarum yang patah dalam peti.
Yang jadi kenalan selamat terus berkenalan, jadi kawan selamat kekal berkawan, yang sahabat memang hebat.

PANDANG

Cuba pandang gambar yang sempat aku rakam di Kuala Penyu suatu ketika yang lalu. Kucing. Jumlah mereka sebenarnya telah bertambah. Aku sudah hilang hitung.
Mereka memandang setelah mendengar panggilan. Ajukan suara kucing.Jika dialih bahasa ajukan itu, entah apa tafsirannya. Aku tidak tahu bahasa kucing ^_^.

Menaip semula di blog ini selepas lebih dua bulan. Kejang. Hilang. Insya Allah, kekerapan menaip itu akan bertambah.

Awal pagi ni. Otak agak beku. Belum tidur.

Aku akhiri ketukan papan kekunci yang agak semberono kali ini.
Jumpa lagi

Pesan aku. Lihat Tujuh Kali, Jangan Lali DiAkali…

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!