Travelog | Sambil Mengembara Sambil Mengeblog

gelap

Travelog… Sambil mengembara atau melancong, sambil tu juga menulis catatan untuk dikongsi bersama pembaca.

Konsep yang agak popular dan bolehlah aku katakan, ‘trending’. Kalau dibahasa Melayukan apalah bunyinya? ^_^

Sebelum ianya mula dijilid cetak sebagai buku, benda ni rasanya terlebih dahulu viral di kalangan blogger-blogger yang kuat melancong, daripada golongan dompet tebal sehinggalah ke spesies kering macam aku. Semuanya boleh melancong dengan pelbagai teknik, kaedah dan cara masing-masing.

Naik Keretapi pusing keliling satu Borneo dalam masa 30 hari ! Wow… macam 30 hari mencari cinta. Kalau benda ni ‘real’ mesti gempak.
Masalahnya landasan kereta api pun… hmmm. Tapi kan akan ada jalan Pan Borneo, yang balik-balik ulang siar dari PRU yang dulu sampai sekarang (uhuk…). Tunggu sijalah.

Syukur, ada jalan-jalan yang boleh dilalui untuk ke tempat-tempat menarik di Sabah ni dengan hanya menggunakan kenderaan biasa-biasa seperti Cik Kelisa ku.
Kalau untuk ke tempat yang agak terpencil dan lebih nun ke dalam sana, kenalah guna pacuan empat roda, tak pun… ‘merentas desa’ … jalan kaki.

Insya Allah, kalau ada rezeki dan diberikan kesempatan, aku kasi kongsi di sini.

Tersedak juga bila minum kopi hari tu… tiba-tiba dapat soalan cepumas…
“gelaran budakhutan… tak ada gambar atau cerita masuk hutan pun!”

Baiklah… ^_^ jangan jak kena cakap macam ni
“ko bilang ko budakhutan… kenapa tiada rupa macam tarzan pun! ”

OK… hahaha..

Muka 1 dari11

Tinggalkan Komen

error: Content is protected !!