Assalamualaikum dan selamat Januari di tahun baru !
Yang membaca apa khabar? ^_^
1) Empat… ya. Hanya empat entri dikarang pada tahun 2016 di blog ini. Berbanding 26 entri pada tahun 2015. Kenapa boleh jadi macam tu?
2) Ringkasannya. Bagi aku 2016 adalah tahun pemulihan dan penyesuaian lanjutan dari 2014 dan 2015. Masalah. Semua orang akan menempuh tempoh yang boleh dianggap sebagai ujian dan mencabar.
3) 2017 masa untuk kembali jadi AKU. Usia di awal 20-an ini memang Jiwa Kena Kental !…20? eh
4) Perancangan untuk ‘musim’ baru ini adalah untuk ‘membubut’ semula yang tertinggal dan mengasi jadi yang belum jadi.
5) Kalau sudah jadi, dikasi atur lagi misi-misi selanjutnya yang sudah masuk senarai dari awal lagi apabila mula menjerumuskan diri dalam blogging dan kerjaya di internet ni lebih sedekad yang lalu. Ingat lagi bila mula wujud di dalam talian zaman MIRC dan blog waktu sekolah dulu.
6) Misi #FinancialFreedom yang sedang tular tu akan dikejar. Macam mana? Yang ini, kita akan cerita pada entri yang bakal mendatang. Usaha diteruskan. Antara Item yang termasuk dalam Senarai Harapan (#wishlist) ialah Komputer Baru ! Spesifikasi yang macam mana? yang ini pun kita cerita dalam entri yang lain.
7) Belajar perkara baru. Perkara paling baik yang boleh kita buat untuk diri kita adalah dengan tambah ‘nilai’ diri dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman. 2013 hingga 2016 aku banyak belajar perkara baru dan buat eksperimentasi.
Baiklah.
Ini entri pertama aku untuk 2017. Intipatinya adalah untuk kembali aktif dan kekalkan momentum.
Terima kasih untuk anda yang masih membaca blog budakhutan ni.
Ada ulasan atau cadangan… kasi tinggal komen. ^_^
Bah ! Dikasi jadi… 2017 : Beransur Pulih – Bermula Kembali