Salam masa yang telah berlalu… ini penulisan di tahap fikiran menerawang ke dimensi ke sembilan.
Berpinar!
Apabila ada laman web lebih 10 ( dengan domain serta hosting tersendiri ) ditambah lagi dengan beberapa laman web guna blogspot..dan beberapa lagi Channel You Tube dengan niche masing…
Otak memang kena perah… masa jadi musuh utama… itu pun dah dikurangkan berbanding masa mula-mula semangat tahap Super Saiya.
Waktu bekerja Hakiki ditambah pula lagi dengan jumlah jam bekerja sehingga lewat malam dan bermula awal pagi…
Fuh…
Kadang – kadang kau rasa macam Zombie…
Tapi semua itu untuk apa…
Demi orang-orang yang kau sayang dan masa hadapan yang lebih baik…
Aippp! Jangan pula cakap aku tak ada masa untuk keluarga… kalau kerja Pejabat boleh cuti.. kerja sampingan ni pun ada cutinya..
Jadual harian yang padat kena disiplinkan.
Hari cuti dan rehat sekurangnya sehari dalam seminggu…
Kalau aku mau cerita… panjang beb ^_^
Entah kenapa aku taip cerita ni… kepala serabut kali.. hahaha
Seperti yang aku pernah nyatakan dalam entri sebelum ini… Alhamdulillah semuanya beransur pulih.
Masa, momentum dan disiplin jadi kata kunci utama…
Esok ada temuduga… Amin….
Nota:
Lambat … lewat… tak dapat… atau belum siap… pasti ada sebabnya ^_^