Sudah Februari !
Wah… sebulan telah berlalu ditahun 2017. Apa sudah yang aku dapat capai dan buat dalam tempoh sebulan tu?
Kalau ikut senarai yang aku buat, kurang dari separuh yang sudah aku mula laksanakan . Pergh !
Baiklah antara misi utama tahun ini sebenarnya adalah untuk hidup dengan lebih sihat dan aktif.
Itu bahasa kiasannya, jujurnya adalah untuk turunkan berat badan yang sedang membulat ni. Serius.
Misi seterusnya adalah untuk mencari peluang dan ruang untuk menambah pendapatan.
Setuju atau tidak kalau aku nyatakan, hampir kebanyakan daripada kita hari ini pasti mahu mengatasi masalah perbelanjaan akibat kos sara hidup yang kian meningkat. Tidak boleh tidak, melakukan dua, tiga atau lebih pekerjaan itu menjadi tuntutan, bak kata Pak Jokowi, menjadi kebutuhan.
MANUSIA AKAN LEBIH KREATIF DAN BERINOVASI DENGAN TEKANAN / DESAKAN
Setuju atau tidak dengan kenyataan itu?
Ramai rakan yang aku bawa berbual dalam topik-topik seserius sebegini juga memberikan pendapat yang sama.
Manusia akan lebih kreatif dan berinovasi dengan tekanan dan desakan.
Manusia akan menjadi lemah apabila dia berasa terlalu selesa dengan keadaan semasa dirinya tanpa cabaran dan tanpa mencuba perkara baharu.
Tetapi, ada juga yang tersungkur dan lemas dengan masalah dan tekanan yang menimpa.
Ya. Memang tidak mudah untuk sedar dan bangkit.
MANUSIA PERLU DORONGAN DAN MISI
Selain daripada kewarasan diri, kita juga perlu sokongan, dorongan, inisiatif dan misi.
Sokongan dan dorongan daripada orang tersayang antara pil kejayaan yang paling mujarab.
Keluarga dan sahabat yang memberikan galakan dan semangat sepanjang liku-liku hidup kita dalam susah dan senang membuatkan kita lebih kuat.
Tetapkan misi dan mulakan inisiatif untuk mengorak langkah.
Misi jangka pendek dan jangka panjang, tempohnya terpulang kepada kemahuan diri sendiri.
Taburkan usaha sebanyak mana anda mahu misi tersebut berjaya dan tercapai.
Ikuti usaha dengan doa.
NEKAD DAN KOMITED
Memang akan ada halangan di setiap perjuangan.
Tetapi jangan pernah mengalah dan berputus asa.
Jika jatuh jangan terlalu lama menanti untuk bangun.
Tidak ada gunanya merintih dan memohon belas.
Bangkit dan teruskan perjalanan. Nekad dan Komited.
Aku? Sukar tapi aku cuba…
Biar MATI ku mencuba demi bahagia…
Aku ada misi 90 hari… Insya Allah.