Tombiruo | Merintis Kebangkitan Adiwira – Hero Malaysia

Tombiruo Merintis kebangkitan adiwira – hero Malaysia ! dan lebih hebat lagi dia berasal dari Sabah.

Alhamdulillah, semalam menonton Tombiruo bersama dengan RAMians (Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid) di GSC, 1Borneo.
Terima kasih kepada semua yang hadir (anda semua hebat!) dan juga AJK Kelab RAMFC (www.kelabram.com) aka RAMbassador yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program yang pertama seumpamanya dianjurkan. Ada link video LIVE di GSC 1B di saaaana bawah.

1. Pembaca tegar novel karya Ramlee Awang Murshid pasti teruja dan otak pun cuba untuk mengingati semua plot di dalam novel untuk dikaitkan dengan filem. Ianya seperti satu sesi ulangkaji. Pasti ada yang selepas balik dari tengok wayang, belek semula trilogi Tombiruo untuk membuat perkiraan dan meneka kesinambungan kisah dari filem ini.

2. Jika anda belum pernah membaca novelnya dan menonton wayang ini, anda juga pasti akan terpikat dan tertarik untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang Tombiruo dan juga mungkin untuk mula membaca novel karya RAM.

3. Garapan sinematografi, prolog, plot, konflik, klimaks dan babak aksi dibuat dengan kemas dan mengujakan. Penonton diperkenalkan dengan watak-watak yang menghidupkan setiap babak. Aksi pertarungan juga mendebarkan.

4. Ejim yang bertopeng – Wataknya berjaya dipersembahkan oleh Zul Ariffin dengan cukup baik sekali. Walau tanpa mempamerkan sebarang reaksi wajah, tetapi bahasa badan yang ditunjukkan menampilkan emosi yang meyakinkan. Terus rasa macam mau kasi jadi tu badan begitu kan…

5. Ondu – Atu Zero jadi hero ! kenapa ? Setiap kali Atu muncul di layar , penonton akan memberikan reaksi spontan – ketawa. Ada juga babak yang membuatkan penonton mengasihani Ondu. Aku dengar ada makcik tu yang cakap “Kesian dia”.

6. Rimba aka Hutan menjadi latar cerita. Melihat sahaja Gunung Kinabalu menjadi latar pokok tempat tinggal Tombiruo, membuatkan hati rasa berbunga-bunga. Gunung ni lah yang aku panjat dua bulan lalu… eh… hahaha.

7. Elemen Magis semangat hutan dan mantera dalam filem ini sememangnya unik dan istimewa. Sabah kaya dengan pelbagai kisah dan makhluk mistik yang kian terlupakan, munculnya Tombiruo membuatkan kita teringat dengan Pengait, Rogon, Tambuakar, Mondou dan banyak lagi (cuba tinggalkan komen- kita kasi senarai nanti geng!)

TUNGGU sehingga penghujung cerita – ada klu yang pasti bikin galau.
Adakah akan ada sambungan selanjutnya?
Tombiruo ? Sunan ? Magis ?
Adakah akan muncul lagi watak-watak hebat dari RAMuniverse?
aku tunggu Ryu Watanabe.

Kesimpulannya, filem ini memuaskan dan membuatkan kita bangga!
Seharusnya kita punya lebih banyak karya sebegini, syot layar yang hidup, emosi yang memberi kesan, skrip yang menarik, serta bersifat tempatan yang boleh diketengahkan ke peringkat global.

Berapa markah yang boleh aku bagi? 90/100

Kenapa?
1. Ini sekadar pendapat, bagi aku bahasa / pelat Sabahan yang cuba digunakan oleh pelakon ada yang agak kurang menjadi.
2. Ada beberapa syot dan prop yang boleh menimbulkan keraguan dan kewajaran.
3. Kesan khas, Green Screen-  Kasi mantap lagi…

Tapiiiii…. kamurang tinguk dulu bah. Manatau sa yang salah ^_^
Mula-mula panjang ni post, sekali sa rasa macam tercerita pula nanti semua… sa pun padam, taip, padam taip… hahaha


Muka 1 dari11

Tinggalkan Komen

error: Content is protected !!