Kimia Run 2018 | Senyuman Bikin Hati Senang

Alhamdulillah.
Acara Kimia Run 2018 telah berlangsung pada 11 Mac 2018, Ahad yang lalu.
Segala penat, perahan kudrat dan otak semua mereka yang terlibat bagi menjadikan program ini satu realiti membuahkan kejayaan apabila ianya mendapat sambutan dan maklumbalas yang amat memberangsangkan.
Menganjurkan program sebesar ini , memerlukan kerjasama dan komitmen serta toleransi yang tinggi.

Untuk Kimia Run 2018, aku menggalas tugas bahagian grafik dan promosi. Kerja-kerja belakang tabir yang aku gemari. Menyediakan grafik dan rekaan untuk poster, banner, medal, baju, bip dan sijil. Menyediakan semua itu menguji batasan kemampuan, idea dan memberi aku peluang untuk mencuba, belajar dan bereksperimen dengan perkara baru.
Gembira apabila cadangan dan hasil kerja mendapat sokongan dan sambutan yang menggalakkan. Kredit dan penghargaan yang diberikan atas usaha kerja itu memberikan motivasi dan momentum semangat yang lain macam ^_^.


Pada hari kejadian, aku jadi jurukamera. Sedih, lensa 18-105mm kamera aku bermasalah pada hari itu. Gambar diambil akan menjadi gelap setelah beberapa kali gambar diambil. Mungkin masalah pada contact / aperture lever. Mujur ada lensa lain, tapi 70-300mm. Aduh. Garuk kepala geng!

Aku tak ada alternatif lain selain daripada guna lensa ntuk jarak jauh tu dan guna lensa sedia ada. Kalau perlu untuk jarak dekat, terpaksalah aku buka dan cabut lensa 18-105mm tu untuk ‘reset’ semula, ambil gambar dan apabila gambar jadi gelap, aku ulang proses buka dan cabut tu.
Tapi, itu bukan penghalang… senyuman para peserta dan reaksi gembira mereka bikin hati senang.


Siapa tahu cara untuk baiki dan atasi masalah lensa aku tu, mohon komen dan berikan cadangan di ruangan komen ^_^
Kalau mahu beli lensa baru, alamatnya kena tunggu lagilah jawabnya.


Ya. Reaksi dan gelagat peserta larian serta ajk mencuit hati bikin hati senang ^_^

Boleh tengok, koleksi foto yang aku ketik di sini.

Terima kasih buat semua !

Nota: Mengantuk. Terus hilang idea apa yang mahu ditaip. Sandi.

Muka 1 dari11

Tinggalkan Komen

error: Content is protected !!