Misi Ke 65Kg | Sebab Seluar Selalu Koyak

Assalamualaikum semua. Seluar sempit bro!

Misi untuk mencapai berat badan ideal sesuai dengan BMI aku nampaknya tidak boleh ditangguhkan lagi. Semua kegilaan ini harus dihentikan! Eh… hahaha

Atas nama kebenaran bak kata Papazola, kedegilan harus dikalahkan. Babat dan lemak berlebihan yang degil ini harus disingkirkan. Sampai masanya untuk tampil seksi… opsss

Baiklah… bertenang. Turunkan berat badan bukanlah untuk jadi seksi dan menyahut seruan LGBT (Lelaki Gagah Beristeri Tiga) tetapi tujuan sebenarnya adalah untuk mempunyai diri yang sihat, cergas dan tidak lagi dibelenggu masalah lesu, sakit serta merundumnya keligatan aksi di arena pertarungan mandiri. Pergh…

Tempoh masa? Untuk turun sejumlah hampir 20 lebih kilogram, secara sihat adalah dalam tempoh 6 bulan. Melalui senaman, amalan pemakanan seimbang dan sihat. Oleh itu, aku akan cuba sehabis baik untuk mencapai sasaran sebelum tempoh itu berakhir.

Makanya, untuk memotivasikan diri dan sebagai akujanji (ketara lah bah orang gomen), aku akan catatkan perkembangan dan perjalanan menuju ke 65kg ini di blog ini. Biar blog ini menjadi saksi, ewah…

Misi ke 65kg, bermula esok!

Eh… hari ini!

Muka 1 dari11

Tinggalkan Komen

error: Content is protected !!