Ulang Siar | Mata Ku Pejam Rapat – Puisi Muzikal

Apabila hujan turun pagi ini, aku teringat tentang video puisi muzikal yang pernah aku buat dalam dua tahun yang lalu.
Wah, ya… banyak kelemahan. Itu aku akui.
Aku tunggu juga komen dan ulasan daripada orang yang mendengar, setakat ini baru 107 view.
Nampaknya masih belum dapat memikat pendengar dan pencinta puisi muzikal. Kena usaha lebih lagi.

Insya Allah, akan teruskan projek #puisimuzikal ini.

Video-video di channel You Tube aku, https://www.youtube.com/c/BudakhutanRe, akan aku cuba perbanyakkan dan kembangkan pengisiannya.

Ini antara senarai projek yang terpendam sekian lama, lebih daripada 10 tahun !
Channel You Tube tu pun sudah berusia lebih 10 tahun. Banyaknya timbul vlogger dan youtuber tempatan dan negara jiran, membangkitkan semula impian untuk jadi youtuber yang berdiri di bawah nama sendiri. Bukan jadi ‘pengusaha’ video kompilasi dan video viral di You Tube.

Ok ! harus cabar diri sendiri.
Sudah tiba masa, jangan bertangguh lagi.

Muka 1 dari11

Tinggalkan Komen

error: Content is protected !!