Selari | Alternatif Dan Kepelbagaian

Assalamualaikum dan salam di hari pertama Ramadhan.

Ini lebih dari lama. Jeda masa tanpa mengetuk papan kekunci untuk mengisi blog ini adalah sangat panjang. Kali terakhir dengan tajuk “Kembali | Tunggang Terbalik, Ditunggang Kena Panggang” pada 25 Oktober lalu. perghhh… Lebih kurang 6 bulan.

Semakin usia beranjak waktu, semakin juga banyak perkara yang harus dilakukan… demi apa? demi kelangsungan hidup. Bukan sahaja hidupnya aku, tetapi hidupnya mereka di waktu ini sehingga ke waktu mendatang.

“Kerja siang malam hari ini untuk hidup siang dan malam di masa mendatang”

Jalan hidup yang dilalui itu pilihan yang telah dipilih dengan perlunya cakna dengan alternatif dan kepelbagaian akibat dari langkah demi langkah yang diatur.

Menelusurinya tidak mudah.

Bidak di orak sedemikian rupa untuk memberi laluan kepada objektif yang utama. Improvisasi apabila perlu. Bertahan.

Nota untuk aku dan kau.

Serius? senyum

Muka 1 dari11

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!