Salam pertengahan Oktober.
Akhirnya aku kembali lagi mencoret di blog aku ni. Kali terakhir bulan Mei yang lalu. Punya lama… eh, lama kah? Rasanya ada lagi tempoh yang lama aku nda mengupdate blog aku ni. Lama nda lama, aku tetap akan kembali mencoret conteng.
Macam mimpi.
Usia semakin beranjak. Bila kau di usia siri 30 ini, banyak yang kau akan fikir. TERLALU BANYAK. Demi kehidupan yang bukan setakat hidup kau, tetapi hidup orang di sekeliling kau. Hidup orang-orang yang bergantung hidup sama kau, Hidup orang-orang yang kau harap kekal hidup agar kau juga terus hidup. Hidup dalam kehidupan yang perlu menghidupkan.
Macam mimpi.
Impian dan cita-cita atau angan-angan yang kau ingat kau sudah lama catatkan, masih tertunggak. Terlambat? mungkin masih belum… atau mungkin juga sudah terlewat. Kerana apa? ah, begitulah kehidupan. Apa lagi yang kau mahu?
Macam mimpi.
Hari dulu, kelmarin, hari ini, esok dan akan datang… tetap semuanya berbeza. Yang sama hanyalah aku.
Macam mimpi.
Tidak semua akan dapat kau genggam. Banyak juga yang harus kau lepaskan. Tidak semua akan dapat kau kendong, banyak juga yang harus kau tinggalkan. Tidak semua akan dapat kau kunyah sekali telan, sesudu demi sesudu, suap perlahan-lahan. Berhenti sebelum kenyang.

Macam mimpi.
Ianya mungkin akan berulang. Terpulang…
Macam mimpi.
Sebelum dapat bermimpi kau harus ‘tidur’.
Nota:
Cabar diri!
Sengaja aku birukan air tu. Mimpi!