MISI-MISI YANG TERSAKITI

Ya. Banyak senarai perkara dan tugas yang mahu aku bikin dan kasi jadi, tapi tergendala, terbiar, tertinggal, tersakiti. Sedih.

Benarlah. Masa itu pantas berlalu. Pejam celik, makan, mandi, tidur, sekali buka mata, nahhh… tahun 2020 sudah gais. Apa dibikin? Apa kejadian? Nda kesedaran, misi yang dirangka dan disusun rapi, tunggu punya tunggu, bejanggut sudah. Demmm!

Kejar punya kejar sampai nda tebubut. Yang tertinggal? Misi untuk diri sendiri. Misi untuk diri yang objektif akhirnya untuk menjadikan semua yang ada di sekeliling mendapat manfaat dan kebaikannya.

Tapi… aku gagal. Gagal fokus dan nda kekalkan momentum. Lemas dan hanyut dengan perkara-perkara lain. Perkara yang tidak kurang juga pentingnya untuk keberlangsungan hidup, kesinambungan nyawa, kesejahteraan dan kesenangan sejagat.. (wow!)… dan akhirnya, misi-misi aku sendiri yang tersakiti…. (emmm.. alasan kaini?…hahaha)

Kerja Gila ! Gila Kerja

Mungkin misi-misi itu terlampau banyak senarainya. Agak mustahil untuk aku buat dengan kekangan masa dan tanggungjawab.

Pernah dalam satu-satu masa, aku ada lebih daripada 5 ke 7 laman web, ada yang ada hosting sendiri, belum termasuk lagi 8 ke 10 web dalam versi blogspot. Dalam masa yang sama, ada 7 ke 9 channel You Tube , ada 9 Page FB / Group FB, 10 laman Instagram, dalam masa yang sama ada projek sampingan dalam fotografi, videografi dan rekabentuk grafik, buat bisnes cetak baju… dan ikuti pengajian luar kampus… Kerja GILA!

Tugas hakiki cuba aku langsaikan sebaik mungkin. Hubungan dengan semua orang aku cuba jaga sebaik mungkin. Tapi ada juga yang ‘kirim salam’. Aku tewas. Berkali-kali. Terima kasih. Alhamdulillah, bangkit dengan izinNya.

Kerja GILA tu aku sudah kurangkan (err…mungkin), ya, sebahagian daripadanya. Dan kini, perlahan-lahan kembali mengatur langkah.
Ada sudah janggut sikit, tapi nda lebat.. hahaha

Kasi jadi!

Nota:
Betullah nada yang membaca sampai habis. Tinguk saja coretan aku yang pasal tahun baru 2020 tu
Link: http://www.budakhutan.com/2020/01/tahun-2020-catatan-sebelum-masa-depan.html

Di hujung coretan tu ada misi, tapi sedih, nada maklumbalas… adui

Nda apalah, biar tatap semangat.

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!