TAHUN 2020 : CATATAN SEBELUM MASA DEPAN

Salam tahun baru! tahun 2020. Ini catatan membebel dari aku sebelum masa depan.
Ya, seperti biasa di zaman berteknologi dan media sosial bermaharajalela, mahu tidak mahu, memang akan terbaca tentang azam, impian, resolusi setiap orang. Buka Facebook, Instagram, Twitter, YouTube dan yang sewaktu dengannya, nda lain nda bukan, memang cerita tahun baru. Apa boleh buat, memang tahun baru juga kan… kekeke.

Lamaaaaaaa nda menaip isi-isi blog ni dan kemaskini template, sekali ku tengok balik, macam terasa kosong betul blog ku ni.
Baca punya baca, pengisian pun lain macam… hambar (err..sikitlah).
Baca yang dulu-dulu punya coretan… pun lain macam… tapi itu kan time jiwa kanak-kanak (eh… hahaha). Sekarang remaja sudah. Ehem!

Azam 2020 #Budakhutan aka #BangReme

Oklah. Ini azam aku untuk 2020 dan mendatang. Rombak, tetapkan mencoret dan kemaskini blog yang bikin kesian ni.
Waktu aku mula guna nama samaran budakhutan ni, memang dari zaman sekolah rendah, dibawa ke sekolah menengah dan akhirnya ke alam remaja (uhuk uhuk).
Sekarang aku guna #bangreme, sebab apa… adalah tu sebabnya. Nanti kita cerita di catatan yang lain. Supaya banyak lagi cerita yang boleh dikasi cerita nanti… muahahaha

Lain-lain azam? YOUTUBE
Yup, ini paling lama punya misi ni. Ni kali nda sudah bulih mau kasi tangguh. Bilang beliau, masa itu penting dan harus dihargai. Macam juga tu pesanan, ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Bah, jadi, aku pun kasi jadi terus lah ni.

Lagi? Mau kasi betul tu penimbang berat.
Nah, bukan juga apalah. Sebab bila tiap kali aku timbang, macam salah tu nombornya. Adakah patut kebelakangan beberapa tahun ni, nda pernahlah bah kurang dari 80 kilogram!
Sepatutnya tu timbangan kasi tau, aku punya berat mau sampai 65 sudah. Atukoi!
Bah, iyalah… sedar juga yang salah tu aku juga. Salah timbang… hehehe
Serius! Untuk lebih sihat, aku kena turunkan berat badan ke berat ideal.
Efek dan kesan keberatan dan kebesaran ni memudaratkan aku.

Ada lagi? yang lain tu, biarlah jadi catatan sendiri saja. Nda juga bulih aku kasi tau semua sini kan. Kira macam peribadi juga tu. (jangan ketawa).

Semoga semua yang kita rancang dan mahukan akan dapat direalisasikan, dicapai dan termakbul.

Kasi jadi !

Tapi, memang semua itu nda akan jadi kenyataan kalau tidak diikuti dengan usaha (ewah). Bersama dengan doa, tetap juga kena kerja keras untuk kasi jadi kenyataan tu semua yang dirancang… betul kan.

Aku nda taulah kalau ada orang baca sampai perenggan dan ayat akhir ni. Untuk uji kalau betul ada orang baca, aku harap adalah yang tinggalkan komen di ruangan komen.

Komen – “KASI JADI BANG REME!”

Nah, begitu memang tambah bikin kasi semangat tu.

Oklah. Kita jumpa dalam catatan selanjutnya nanti.

NOTA:
Penyampaian dan gaya bahasa aku berubah-ubah ikut keadaan dan jenis catatan. Tolong jangan lapor sama Dewan Bahasa Dan Pustaka.

One Response to TAHUN 2020 : CATATAN SEBELUM MASA DEPAN

  1. Bang Reme says:

    Kasi jadi bang Reme!

    Nota:
    Aku kasi komen lah supaya aku sendiri semangat… andu bah

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!